nuh

Aril Impian

Bacaan Wajib Dalam Solat

Club Pujangga | 23:34 |

  • Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu
i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

iii) Niat Solat Asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

  • ·         Takbiratulihram
اَللهُ أَكْبَر
“Allah Maha Besar”

  • ·         Bacaan Doa Iftitah
  • اَلله أَكْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ
 السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي
وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِين
“Allah maha besar lagi sempurna kebesarannya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah golongan orang Islam.”


  • ·         Bacaan Ketika Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
“Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya”

  • ·         I’tidal
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
“Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya”

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
“Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian”

  • ·         Bacaan Ketika Sujud
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
“Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya”

  • ·         Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
رَبِ اِغْفِرْلِيِ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ 
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
“Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku”

  • ·         Bacaan Ketika Tahiyyat Awal
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad”

  • ·         Bacaan Ketika Tahiyyat AKhir
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung”

  • ·         Doa Qunut
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
“Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah”

Artikel Terkait





Baca SeterusnyaBacaan Wajib Dalam Solat

Kelebihan Berselawat

Club Pujangga | 22:20 |

selawat nabi


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa,"Malaikat Jibrail,Mikail,Israfil dan Izrail A.S.telah berkata kepadaku.


Berkata Jibrail A.S.: "Wahai Rasulullah,barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."


Berkata pula Mikail A.S.: Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu"


Berkata pula Israfil A.S .: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."


Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat keatasmu,akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."


Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang ynag berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini,kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah,Rasul dan para malaikat.

Artikel Terkait


Baca SeterusnyaKelebihan Berselawat

Mayat Bangun Dari Kubur

Club Pujangga | 21:52 |


mati ajal

Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah,maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga.Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.


Tapi dasar orang kafir,walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati,mereka masih menyangkalnya.”Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar .


Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh.”Ujar mereka.Merasa ditentang kaumnya,Nabi Isa lalu berkata : “Silakan pilih mayat sekehendakmu,”jawabnya.
“Cuba hidupkan Sam dan Nuh.” Kata mereka.


Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh.Setelah bersembahyang di atas kuburnya.Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu.Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal itu bangkit kembali dari kuburnya.Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih.


Begitu melihat keduanya hidup kembali,Isa bertanya hidup kembali.Isa bertanya,”Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu.”.Keduanya lalu menjawab bahwa mendengar panggilan Isa,ia mengira hari kiamat sudah tiba.”Berapa lama kau sudah meninggal?”tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku.”
Jawabnya.Melihat mukjizat Allah,berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.

Artikel Terkait


Baca SeterusnyaMayat Bangun Dari Kubur

Syaitan Menggoda Iman

Club Pujangga | 21:45 |


hanyut


SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam.Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah,banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya.

Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri.Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan.Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.


Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa: “ Hai Abdul Qadir,minumlah isi bejana ini.Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan.Dan telah kegugurkan semua kewajipan untukmu.” Bunyi suara ghaib itu.


Sebagai orang yang arif,Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu Cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : “Hai mal’un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammmad S.A.W di sisi Allah Taala.

 Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu.Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram,dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku.”Ujarnya tegas.

Artikel Terkait




Baca SeterusnyaSyaitan Menggoda Iman

Kamar-kamar Di Syurga

Club Pujangga | 21:39 |

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar.Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan.Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” Tanya para sahabat.

“Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam,untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan,dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”

“Siapa yang bertemu temanya lalu memberi salam,dengan begitu ia telah bererti telah menyemarakkan salam.Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkucupan,dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa.Mereka yang solat Isya’ dan subuh secara berjemaah,dengan begitu bereti termasuk orang-orang sedang tidur lelap. “Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Baca SeterusnyaKamar-kamar Di Syurga

Kelebihan Umat Muhammad

Club Pujangga | 21:32 |

ganjaran


Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

.Taubatku hanya diterima di kota Mekah,sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di seberang tempat oleh Allah S.W.T.

.Pada mulanya aku berpakaian,tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T,maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang.Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang,tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

.Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku.Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka,Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

.Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Artikel Terkait


Baca SeterusnyaKelebihan Umat Muhammad

PAHALA SEBANYAK BINTANG DI LANGIT

Club Pujangga | 21:23 |

dosa


Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT.Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW,

 ”Ya Rasulullah SAW,Pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu.Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. ”

Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a)” ,jawab Rasulullah SAW.Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut,lalu ia bertanya,

 ”ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?.Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Beliau SAW berkata,ketahuilah isteriku,satu hari penghijrahan Abubakar (r.a) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a) dan keluarganya sampai hari kiamat.

Artikel Terkait



Baca SeterusnyaPAHALA SEBANYAK BINTANG DI LANGIT

Laman Untuk Anda

Club Pujangga | 22:00 |




    Isu Semasa

    Kisah Kehidupan


    Teknologi
    Blogging

    Travelog
      Online Income
      • SEO

      • Islam

      • Banner
      1.MYBANNER
      • Iklan
      1.Pakej Ruang Iklan Yang Ditawarkan
      • Contact
      1.Hubungi

        Baca SeterusnyaLaman Untuk Anda