nuh

Aril Impian

Anugerah diraja

Club Pujangga | 22:47 |


sultan


BARU-baru ini, Universiti Limkokwing menganugerah Ijazah Doktor Kehormat Universiti Limkokwing kepada Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Meriam Sultan Ahmad Shah di atas sumbangan besar beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatan.


Pengurniaan anugerah itu atas di atas sumbangan dan komitmen beliau dalam pembangunan kanak-kanak seperti yang dilaksanakan di Institut Tengku Ampuan Afzan (Intaz) dimana baginda berperanan menguruskan institut tersebut.


Pihak universiti menggambarkan baginda sebagai pencetus inspirasi kepada rakyat Malaysia dan menyanjungi usaha baginda dalam melaksanakan tanggungjawab yang dianggap amat mendalam dalam menyediakan kebajikan yang sempurna untuk kanak-kanak tanpa sempadan.


Ini terbukti dengan bermulanya usaha beliau pada tahun 1995, beliau mengubah suai kediaman di Kuantan, Pahang bagi mengerakkan operasi Intaz dengan matlamat menyediakan tempat kediaman yang selesa kepada kanak-kanak malang.


Sumbangan itu tidak hanya kepada menyediakan kemudahan dan sokongan, malah beliau sentiasa mengutamakan hal-hal kebajikan dan berusaha mencari alternatif lebih berkesan bagi membantu golongan kanak-kanak dan ibu bapa yang memerlukan bantuan.


Beliau berminat dalam bidang pembangunan sahsiah cemerlang kanak-kanak dan mempelajari in-utero development dimana program itu menekankan aspek pengaruh kepada perkembangan kanak-kanak bermula ketika sebelum kelahiran.


Bagi menghadapi cabaran kepada usaha itu, beliau mempelajari isu budaya kanak-kanak global, bekerjasama dengan pakar tempatan dan seorang pakar Amerika Syarikat yang diperkenalkan kepada Intaz.
Hasil usaha itu amat menggalakan dan memberi reaksi positif di mana kanak-kanak yang dikenal pasti bermasalah menunjukkan tindak balas kepada rawatan yang disediakan di Intaz.


Dua kanak-kanak yang hilang upaya berjalan sudah mula menunjukkan reaksi positif. malah kanak-kanak yang menderita sindrom down juga sudah mampu membaca dan menulis pada usia empat tahun.
Kini, beliau berhasrat meluaskan program Intaz dan berkongsi programnya itu dengan negeri lain.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Baca SeterusnyaAnugerah diraja

Denaihati

Club Pujangga | 00:59 |
Seminar Buat Duit Dengan Blog Anjuran Denaihati Network-Akademi Denaihati

blog tutorial

Seminar Buat Duit dengan Blog
  • Tarikh : 19/5/2013
  • Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
  • Masa : 8.30 am – 1.30 pm
  • Seminar akan menggunakan Bahasa Melayu
  • Yuran penyertaan RM50 sehingga 11/5/2013. Selepas tarikh 11/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.
Siapa yang boleh menyertai seminar ini?? Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
  1. Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
  2. Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
  3. Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
  4. Penganggur sangat-sangat diwajibkan
  5. Blogger ensem dan cantik
  6. Aktivis Sosial Media
  7. Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
  8. dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online
BERMINAT??? Tempat terhad hanya untuk 300 peserta pertama. Untuk mendaftar sila klik SINI.
Baca SeterusnyaDenaihati

Malaysiaku

Club Pujangga | 22:26 |
merdeka

KETERANGAN LAMBANG-LAMBANG PADA BENDERA MALAYSIA 

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar, 
tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, 
Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, 
Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. 
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas 
jalur merah yang kelima melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia.
 Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya
 Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. 
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang 
Maha Mulia Raja-Raja Melayu

LAMBANG MALAYSIA

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. 
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
Bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri hanya boleh dikibarkan pada upacara-upacara rasmi seperti keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Ulang Tahun Hari Kemerdekaan, perayaan-perayaan Persekutuan dan Negeri-negeri, lawatan-lawatan rasmi, di kedutaan-kedutaan Malaysia luar negeri serta upacara-upacara rasmi negara (seperti Majlis Tilawah, SukanNegara). Malah bendera Malaysia berkibar bersama-sama dengan bendera negara-negara lain di hadapan bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. 
Bendera Malaysia juga telah berkibar dengan megahnya di puncak Gunung Kala Pattar setinggi 5,856 m di Banjaran Himalaya pada tepat jam 1.00 tengah hari pada 11 Januari, 1984 lalu, apabila serombongan 12 orang rakyat negara Malaysia berjaya mendaki puncak gunung tersebut dalam satu ekspedisi bersejarah. 
Pada 25 Ogos 1985, Syarikat Singer telah mengadakan Promosi Bendera Gergasi Hari Kemerdekaan Malaysia di Kuala Lumpur Plaza. Bendera tersebut berukuran 32.5 m x 16.4 m. Usaha tersebut menunjukkan kerjasama dan interaksi rakyat Malaysia dari berbagai kaum. Begitu juga bendera terbesar Malaysia yang telah dinaikkan di Bangunan Angkasapuri berukuran 97.5 m x 24.3 untuk menyambut Hari Kebangsaan 1988.
Upacara menaikkan bendera adalah acara kemuncak Semarak pada 21 Ogos1988 di Melaka. Sejajar dengan kempen Setia dan Semarak, Pameran Bulan Bendera telah diadakan di Pasar Budaya. Begitu juga dengan kempen Kibarkan Bendera (Jalur Gemilang) dan kempen Cinta Negara adalah usaha yang dilaksanakan untuk memupukkan semangat cinta dan setia kepada negara. 
Bendera Malaysia dan bendera negeri-negeri Malaysia yang mempunyai lambang tersendiri pada keseluruhannya adalah berpegang kepada konsep Rukunegara iaitu: 

""Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan Dan Kesusilaan""


Sumber Artikel : Project2307


Baca SeterusnyaMalaysiaku

NRS Corner Karaoke, Pantai Remis Sg.Sembilang

Club Pujangga | 00:35 |

pantairemis
NRS Corner Remis Bistro
pelancong
Nrs Corner adalah Medan Menjamu selera sesuai untuk persinggahan untuk seisi keluarga dan rakan-rakan untuk bersantai dan menghirup udara segar,di sini juga anda berpeluang untuk berkaraoke suka-suka dimana kami memberi perkhidmatan SoundSystem dan Speker System Mixer Audio yang terbaik yang memberi kepuasan kepada anda .sambil menjamu selera sajian yang disediakan.

best sedap
Special Menu Asam Pedas Sembilang

Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20km arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sg Sembilang ,Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin di gemari oleh orang awam.

Dimana, para pengunjung berpeluang berjalan di persisiran pantai sambil menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam dan menikmati keenakan makanan laut selain menjalankan aktiviti seperti :

a. Beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan.
b. Bermain layang-layang atau mengemudi perahu layar
c. Mencari hidupan laut (sea shell) seperti kerang, ala-ala, mentarang dll.
d. Aktiviti memancing

Di sini juga lokasi yang cantik untuk melihat matahari terbenam sambil menenangkan fikiran.
Antara Menu Yang Disediakan NRS Corner :



joget
Aktiviti Bersantai
bermalam
Pemandangan Sekitar
Pesisir pantai

unik
Petunjuk Arah
murah
Aktiviti Memancing Dan
Berkhemah

ikan
Berkelah Bersama Keluarga
asam lazat
Pameran dan jualan


Special Menu

ude koko
Masak Asam Pedas
(Special)
tok koko
Ikan Masak 3
Rasa,Ikan
Mengikut Pilihan 
kak normah
Masak Stim,
Ikan Mengikut
Pilihan Anda.

wak man
Sajian Masakan Nasi
Campur
Atas Permintaan
sarjan
Ikan Bakar Special
bob dj
Ikan Bakar Aneka
Pilihan,Mambong
Cencaru,Siakap,Pari
dll.
as karaoke
Kerang Bakar
Ubi Kukus
Sambal Tumis
Aneka Pilihan Nasi
Goreng
cantik
Tomyam Seafood
belon
AisKrim Goreng
Special
permainan
Air Buah-buahan
Aneka Pilihan
pertandingan
Jagung Kukus
hadiah lumayan
Air Batu Campur
(ABC)
menarik juara
Air Kelapa Special













Premis NRS Corner Akan Dibuka Setiap Hari
jam 6.00pm-2.00am kecuali hari khamis.

Sekian Terima Kasih
P.A System Control : Wak Man
From : Haril






Baca SeterusnyaNRS Corner Karaoke, Pantai Remis Sg.Sembilang

Tanda - tanda Kiamat

Club Pujangga | 00:20 |

hujung dunia

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1.    Asap

2.    Dajjal

3.    Binatang melata di bumi

4.    Terbitnya matahari sebelah barat

5.    Turunnya Nabi Isa A.S

6.    Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

7.    Gerhana di timur

8.    Gerhana di barat

9.    Gerhana di jazirah Arab

10.    Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.


Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.


Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.


Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.


Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasiq akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"


Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."


Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasiq, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Artikel Terkait



Baca SeterusnyaTanda - tanda Kiamat

Kisah Tempat Tinggal Ruh

Club Pujangga | 00:13 |

akhirat islam

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

1.Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

2.Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

3.Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

4.Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.

5.Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6.Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

a. Orang-orang yang mati syahid.
b. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
c. Orang yang puasa hari Arafah.
Baca SeterusnyaKisah Tempat Tinggal Ruh

10 Solat Yang Tidak Diterima

Club Pujangga | 00:08 |

khusyuk

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)

1.     Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.     Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.     Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.     Orang lelaki yang melarikan diri.
5.     Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.     Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.     Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.     Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.     Orang-orang yang suka makan riba’.
10.     Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Arrikel Terkait                       





Baca Seterusnya10 Solat Yang Tidak Diterima

Arak Punca Kejahatan

Club Pujangga | 00:01 |

Dosa manakah, minum minuman memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Uthman bin Affan ra seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy. Dalam khutbah Uthman itu mengingatkanumat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang terlalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah khalifah Uthman.  Suatu hari lelaki itu berkenalan dengan wanita cantik.

Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih tiga permintaannya, tentang kemaksiatan.
  1. Pertama minum khamr,  
  2. Kedua berzina,
  3. Ketiga membunuh bayi.
Beranggapan dosa minum arak dosanya lebih kecil daripada dosa yang lain, lelaki soleh itu memilih minum arak.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu, dia telah melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu berzina dengan perempuan pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
Kerana itulah hindarilah khamr yang memabukkan itu, kerana miniman itu biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah  iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Satu daripadanya harus keluar.  Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir hayatnya ia akan kekal di neraka.
khayal haram

Artikel Terkait

Baca SeterusnyaArak Punca Kejahatan

Musa Dengan Tuhan

Club Pujangga | 23:50 |


kisah nabi


Musa A.S: Oh Tuhan,ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir dan berdo’a kepada Engkau.

Tuhan: Ucapkan,Laa Ilaaha illlallaah ha Musa:

Musa A.S:Oh Tuhan,semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.

Tuhan: Hai Musa,andaikan langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya selain Aku,dan bumi yang tujuh 

ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah,nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah.
Kata Hikmah :

1.Kisah ini diambil dari hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakm dari Abi Sa’id Al-Khud riyyi r.a

2.Nilai Laa Ilaaha Illallaah kebih hebat daripada langit,bumi dan seluruh penghuninya.

3.Langit itu berpenghuni.

4.Bumi itu tujuh lapis sebagai langit.

5.Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illaallaah.

 Artikel Terkait


Baca SeterusnyaMusa Dengan Tuhan

Nafsu Yang Degil

Club Pujangga | 23:47 |



kejam jahat

Dalam sebuah kitab kerangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi,seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah,menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal,maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud: “Wahai akal mengadaplah engkau.”Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudain Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “Wahai akal 

berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”.Lalu akal pun berkata. “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman ytang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu,dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu,mengadaplah kamu!”.Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah aku?”. Lalu nafsu berkata,”Aku adalah aku,dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun,dan kemudian mengeluarkannya.Kemudian Allah S..W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan engkau adalah Engkau.”
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun.Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah aku?”.Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, “Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku”

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu,jangan biarkan nafsu itu mengawal kita,sebab kalau dia yang mengawal kiata maka kita akan menjadi musnah.

Artikel Terkait






Baca SeterusnyaNafsu Yang Degil

Tujuh Macam Pahala

Club Pujangga | 23:44 |


kemenangan lurus

Dari Anas r.a berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseoarang itu selapas matinya:

1.Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2.Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada yang minum daripadanya.

3.Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4.Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6.Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7.Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristigfar baginya.

8.Yakni anak yang selalu diajari ilmu AL-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahal anak itu sendiri

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu.maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1.Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2.Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3.Anak yang soleh yang mendoakan baik banginya.

Artikel Terkait





Baca SeterusnyaTujuh Macam Pahala