nuh

Aril Impian

Rakan Blogger

Club Pujangga | 00:52 |

Terima kasih kepada rakan blogger yang telah memberikan kerja sama serta berkongsi maklumat dan idea bersama dunia blogger serta sahabat andai terutamanya pembaca setia blog review kepada Aril Impian.Saya akan senaraikan blog review tersebut di dalam entri ini supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat.Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan kerana blog saya memang memerlukan bantuan daripada anda. Setakat ini, ada ramai juga blog review yang telah saya temui daripada rakan-rakan blogger. 

Jika ada lagi rakan blogger yang ingin membuat blog review dan saya tidak sedar mengenainya sila tinggalkan link disini atau boleh email kepada kami atau komen di entri ini.Lawatan anda ke laman ini amat dihargai...Terima Kasih


Baca SeterusnyaRakan Blogger

Cute Icon Tepi Post Title

Club Pujangga | 00:00 |
1. macam biasa Dashboard-Design-Edit HTML-Tick Expand Widget Template .
2. lepas tu , tekan CTRL+F cari code ni .

<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>

3. bila korunk  dah jumpa , copy code ni , <img src="LinkGambar"/> dan paste di antara code kat atas ni . contoh tengok kat bawah ni .

 <a expr:href='data:post.url'><img src="URL GAMBAR"/><data:post.title/></a>


*Warna merah tuh , korunk gantikan dengan korunk punya icon url yang comel ;)

    6. Preview dulu
    7. Save template! :)


**PERINGATAN = Kpd sesiapa yang hendak COPY code dalam tuto nih , buat mcm ni :**
TEKAN = Ctrl+C (serentak)!


Kat bawah niyh , Lyssa ada bg contoh url . If suka , ambik je, Lyssa tak kesah ! :D

cun http://dl6.glitter-graphics.net/pub/584/584776qvkek99ty3.gif


cantik http://dl.glitter-graphics.net/pub/493/493161yf8lagbcd9.gif

mesra http://dl8.glitter-graphics.net/pub/438/438938tn0n4974xy.gif

posting http://dl7.glitter-graphics.net/pub/429/429777zo2912lr15.gif

blog tutorial  http://dl10.glitter-graphics.net/pub/536/536400r07nejsqb3.gif

Baca Seterusnya Cute Icon Tepi Post Title

Letak Garis Bawah Post Title

Club Pujangga | 23:57 |
1. Pergi ke Dashboard ---> Template ---> Edit HTML ---> Tick Expand Widget Templates.
2. Tekan CTRL+F dan cari kod ni :
h3.post-title {
3. Dah jumpa? Bagus. Sekarang korang copy pulak kod ni :
border-bottom:2px solid #57D2FB;
4. Lepas tu, korang copy kod pada step nombor 3 tadi di bawah kod pada step nombor 2. Alaaaa nak senang rujuk je gambar ni ye?

tutorial


Baca SeterusnyaLetak Garis Bawah Post Title

Tutorial blog cara tukar background Post Title

Club Pujangga | 23:56 |


1. Pergi ke Dashboard - Design - Edit HTML - Tick Expand Widget .
2. Tekan serentak Ctrl+F untuk cari kod ini :

/* Posts
anda akan jumpa kod ini dibawahnya .post h3 {

3. Sila tambahkan kod ini di bawah kod .post h3 { :
background-image:url(URL GAMBAR KORANG); background-repeat:repeat; background-position:center center;

4. akan jadi seperti ini :

.post h3 {

background-image:url(URL GAMBAR PILIHAN); background-repeat:repeat; background-position:center center;

*warna merah sila tukar dengan URL background yang anda mahu.

5. Preview,kalau ok boleh save!
Baca SeterusnyaTutorial blog cara tukar background Post Title

Sifat Sabar Dan Lemah Lembut Sifat Terpuji

Club Pujangga | 02:11 |

Sahabat yang dimuliakan, Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para pendakwah, sehingga hemah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.

Siapakah yang layak menjadi pendakwah? Adakah hanya ulamak, ustaz atau ustazah sahaja layak menjadi para pendakwah? Sebenarnya semua kita layak menjadi pendakwah .Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya, “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.." (Hadis Riwayat Bukhari)

Kita perlu sampaikan kebenaran Islam walaupun satu ayat daripada ayat al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w.kepada isteri, suami, anak-anak, sahabat-sahabat, saudara-mara, rakan sekerja, jiran tetangga dan masyarakat semuanya. Menyampaikan kebenaran Islam ini adalah fardu ain kepada setiap Muslim.

Dari keterangan ini jelaslah tugas dan tanggungjawab seseorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya. Pendakwah akan menyampaikan dakwahnya kepada orang-orang jahil dan orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung.

Oleh yang demikian dia wajib menyampaikan dakwah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka. Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah-lembut. Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menganjurkan dan mengarahkan agar seseorang pendakwah perlulah memiliki akhlak yang tinggi iaitu dengan sifat sabar, lemah-lembut dan berhati-hati.

Terdapat beberapa ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w yang memerentahkan kita supaya sentiasa bersabar, berlemah-lembut ketika kita berdakwah menyampaikan kebenaran Islam.

1. Firman Allah s.w.t. :

وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Yang bermaksud: "Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (Surah Asy-Syura, Ayat: 43).

2. Firman Allah s.w.t. :

فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ

Yang bermaksud: "Oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakan kamu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok." (Surah Al-Hijr, Ayat: 85).

3. Firman Allah s.w.t. :

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar, Ayat: 10).

4. Firman Allah s.w.t.

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ

Yang bermaksud: "Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?" (Surah An-Nur, Ayat: 22).

5. Firman Allah s.w.t :

وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

Yang bermaksud: "Dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini." (Surah Al-Furqaan, Ayat: 63).

Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi s.a.w.ialah:

1.Sabda Rasulullah s.a.w: yang bermaksud : "Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya".

2. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."

3. Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud : "Apabila Allah s.w.t menghimpunkan makhluk-Nya di hari kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam Syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal".

Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi:

1. Anas r.a telah berkata: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah memasuki sebuah masjid. Ia memakai kain selendang buatan Najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang dari arah belakang baginda lalu menarik kain tersebut dari belakang sehingga meninggalkan kesan di leher baginda. Badwi tersebut berkata: "Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami harta Allah yang ada di sisimu, lalu Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya dengan wajah yang tersenyum dan baginda bersabda: "Perintahkan kepada yang berkenaan supaya berikan kepadanya."

2. Abu Hurairah menceritakan: "Bahawa seorang Arab Badwi telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Muhammad! Bawalah gandum ke atas dua ekor untaku, kerana kalau engkau buat begitu ia bukan harta engkau dan bukan juga harta bapa engkau". Kemudian dia menarik kain selendang Rasulullah s.a.w meninggalkan kesan kemerahan di leher baginda. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membawa kepada Badwi tersebut seguni gandum dan tamar."

3. Abu Hurairah r.a menceritakan: "Seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai kaum kerabat yang selalu saya hubungi mereka tetapi mereka semua memutuskan hubungan dengan saya, saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya, saya berlemah-lembut dengan mereka tetapi mereka bersikap keras kepada saya". Lalu baginda bersabda: "Jika sekiranya engkau berbuat seperti yang engkau katakan seolah-olah engkau menjemukan mereka dan engkau tetap akan mendapat pertolongan dari Allah selama engkau berbuat demikian".

4. Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Kamu dari Bani Abd. Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang". Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir-hampir memenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik".

5. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s bersama para pengikut setianya (Hawariyyun) menjelajah dari satu kampung ke satu kampung yang lain kerana berdakwah. Lalu di dalam dakwahnya itu dia bercakap kepada manusia dengan cara yang baik, sebaliknya mereka membalasnya dengan kata-kata yang buruk, kutukan dan maki-hamun. Para pengikut setia Nabi Isa merasa hairan terhadap tindakan itu lalu mereka bertanya tentang rahsia perbuatan sedemikian. Baginda berkata: "Setiap orang itu mengeluarkan (membelanjakan) apa yang ada padanya".

Sahabat yang dihormati, Semua peristiwa di atas dan peristiwa lainnya menjadi bukti yang menguatkan lagi tuntutan ke atas para pendakwah supaya bersifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada khususnya apabila cabaran-cabaran yang menyakitkan itu datangnya dari kaum kerabat, sahabat handai, orang-orang yang dikasihi, teman-teman rapat dan saudara mara kerana sifat sabar , lemah-lembut dan berlapang dada itu akan menghasilkan kasih-sayang, kelembutan hati dan menghapuskan perpecahan serta perbezaan. Cukuplah seseorang pendakwah itu melakukan apa yang diredai oleh Allah.
Baca SeterusnyaSifat Sabar Dan Lemah Lembut Sifat Terpuji