nuh

Aril Impian

Sultan Azlan Shah mangkat

Club Pujangga | 02:41 |
perak
DULI Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum
 Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi. - Foto BERNAMA

IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi. 

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi. 

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM. 



Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini. 

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

maklumat lebih lanjut :_


sumber : 
http://www.bharian.com.my/
Baca SeterusnyaSultan Azlan Shah mangkat

Buat Recent Post

Club Pujangga | 02:31 |

Cara-cara meletakkan recent post di blogspot:


Langkah 1:
Login Ke account Blogspot anda

Langkah 2:
Klik Layout pada dashboard anda

Langkah 3:
Klik add a gadget pada sidebar anda

Langkah 4:
Add Html/JavaScript

Langkah 5:
Copy kemudian Pastekan Kod di bawah pada Html/JavaScript

<div id="tb">
<script style="text/javascript" src="https://googledrive.com/host/0B7pOQPLcBrlSSGpTZVkwMlFtSHM"></script>
<script style="text/javascript">var numposts = 10;var showpostdate = false;var showpostsummary = false;var numchars = 100;var standardstyling = true;</script>
<script src="http://arilimpian.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=published&alt=json-in-script&callback=showrecentposts"></script></div>
<div style="display:none;">Recent Post no Thumbnail by <a href="http://arilimpian.blogspot.com/2014/05/buat-recent-post.html">Blog Tutorial</a></div>
<style type=text/css>
#rpdr {background: url( http://3.bp.blogspot.com/-WM-QlPmHc6Y/T5wJV58qj9I/AAAAAAAACAk/1kULxdNyEyg/s1600/blogger.png ) 0px 0px no-repeat; padding: 1px 0px 0px 19px; height:14px; margin: 5px 0px 0px 0px;line-height:14px;}
#rpdr, #rpdr a {color:#808080;}
#tb { }
.bbrecpost2 {
padding-top:6px;
padding-bottom:6px;
border-bottom: 1px #cccccc dotted; }
</style>
 

Langkah 6:
Ubah Suai
numposts - Jumlah Paparan Post
http://arilimpian.blogspot.com/ - gantikan dengan link blog anda

Langkah 7:
Klik Save semoga berjaya
Baca SeterusnyaBuat Recent Post

MH370

Club Pujangga | 02:39 |
Pagi 8/3/2014 rakyat Malaysia dan Dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawatMH370 dari radar dan sehingga kini masih belum ditemui. Perasaan sedih bukan sahaja kepada keluarga mangsa malah seluruh dunia bersama dengan mereka. Dikesempatan ini Denaihati ingin mengajak semua untuk bersama berkongsi rasa hati dengan keluarga dan sahabat mangsa.
Hilang


Sila gunakan borang di bawah untuk berkongsi kata-kata semangat kepada ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa yang terlibat dalam kejadian MH370 ini.
Doa Nabi Muhamad SAW : ”Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. Al-Baqarah : 286)
Early morning of 8 March, 2014, suddenly Malaysians and world were shocked by the news that Malaysian Airlines flight MH370 was disappeared and loss of radar, which is still yet to be discovered. At this point of time, Denaihati Network would like to invite every-one of you to share our feelings to the families and friends of those involved.
Please feel free to use the form below to share our words of encouragement to the families and friends of those involved in disappearing of MH370.
Prayer of Prophet Muhammad SAW : “Allah, do not punish us, if we forget or fall into error. Allah, do not burden us not with what we have not the strength to bear, as You burden those before us. Grant us forgiveness and have mercy on us, you are our protector, so help us against the disbelieving people” (Al-Baqarah : 286)
KREDIT DARI : DENAIHATI.COM
Baca SeterusnyaMH370

Undian Dan Jadual Perlawanan

Club Pujangga | 02:32 |
brazil spain
Baca SeterusnyaUndian Dan Jadual Perlawanan

Bandar-bandar purba dikesan

Club Pujangga | 23:14 |

NEW YORK 28 April - Sekurang-kurangnya 10,000 tapak arkeologi berjaya dirakam oleh satelit perisikan Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat semasa era Perang Dingin berpuluh-puluh tahun lalu sekali gus meningkatkan lagi jumlah tapak-tapak arkeologi khasnya di rantau itu.Imej yang dirakam menerusi tinjauan udara itu merekodkan tapak-tapak arkeologi seperti bandar-bandar purba, jalan raya, terusan dan tinggalan-tinggalan bangunan dipercayai bandar yang wujud pada Zaman Gangsa di Iraq, Turki dan Syria.Perkara itu didedahkan hasil laporan Atlas Corona Asia Barat oleh seorang ahli arkeologi dari Universiti Arkansas, Jesse Casana semasa persidangan tahunan Persatuan Arkeologi Amerika, di Texas, baru-baru ini."Sebahagian daripada tapak itu sangat besar dan kewujudannya sama sekali tidak diketahui."Kami boleh melihat pelbagaijenis benda dari jalan raya purba sehingga terusan. Imejitu menyediakan gambar yang amat komprehensif," katanya seperti yang dilaporkan Mail Online.Imej itu dirakam oleh satelit perisikan AS generasi pertama, sebuah kod sistem dipanggil 'Corona' bermula dari 1960 hingga 1972 dengan menggunakan filem hitam putih.Foto tersebut diambil untuk mendedahkan pangkalan peluru berpandu dan kem-kem tentera Soviet padaketika itu.Arkib gambar mengandungi lebih 860,000 imej satelit yang merangkumi kebanyakan kawasan di dunia didedahkan oleh Presiden, Bill Clinton pada 1995.Selain Asia Barat, imej Corona itu turut merangkumikawasan yang menarik minatahli arkeologi termasuk Afrika dan China dengan kebanyakan kawasan itu kini menerima kesan pembangunan.

Baca SeterusnyaBandar-bandar purba dikesan

Si kembar lahir berpegang tangan

Club Pujangga | 23:08 |

OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata,kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP."Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.  Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.

Baca SeterusnyaSi kembar lahir berpegang tangan

Zoo tawar urutan ular sawa Burma secara percuma

Club Pujangga | 23:06 |

CEBU - FILIPINA. Sebuah zoo di Filipina menawarkan urutan badan secara percuma kepada pengunjungnya, lapor portal Daily Mail.Meskipun percuma, pengunjung yang mahu menikmatinya perlu mempunyai keberanian tinggi untuk mencubanya kerana mereka akan 'diurut' oleh empat ekor ular sawa Burma yang sangat besar.Ular sawa yang diberi nama Michelle, Walter, EJ dan Daniel akan dibawa keluar dari sangkar dan diletakkan atas badan seorang pengunjung yang berbaring di pondok buluh berdekatan pintu masuk zoo untuk satu-satu masa.Sesi selama 15 minit itu akandiperhatikan penjaga zoo.Namun aktiviti ini bukan untuk orang yang menghidapi lemah jantung kerana ular sawa sepanjang 5 meter itu boleh membelit mangsa sehingga mati.Malah tiada jalan keluar apabila sesi 'rawatan' itu sudah bermula.

Baca SeterusnyaZoo tawar urutan ular sawa Burma secara percuma

Jadual Piala Dunia 2014 - World Cup 2014 Brazil

Club Pujangga | 02:06 |
jadual piala dunia 2014

Baca SeterusnyaJadual Piala Dunia 2014 - World Cup 2014 Brazil

Bagaimana Nak Buang Ketagihan Facebook Yang Teruk

Club Pujangga | 06:39 |
Ni aku nak cerita…

Aku dah berjaya log off diri aku 80% dari facebook. Lagi 20% tu sebab aku masuk Fb untuk update page perniagaan aku. Bukan ada sebab-sebab lain pun, tapi aku rasa macam terganggu pulak baca status yang macam-macam. Semua orang sibuk nak luahkan perasaan dan pendapat di facebook. Dan yang paling aku malas nak kena follow dan like mana-mana post yang agak-agak aku suka. Aisshhh… buang karan betul lah. Kerja ke mana, aku ke mana sudahnya.

kaki chating


Teringat pulak pesanan kawan aku dari US, katanya “you can have a facebook, but don’t let it control your life. And please, don’t you ever upload my photos on FB. I don’t even put my photos on my personal FB”. Ye lah mamat, gambo hang aku peram je buat pekasam.
Kalau ko jadi pekasam mesti ko extra masam sebab aku rasa ko jarang mandi…mweheheheh…Lagipun bila aku fikir-fikir balik betul juga cakap mamat ni. Sebab dia sendiri ada bagi ‘hint’ kat aku.
Sebab-sebab lain – banyak status yang biasa aku follow adalah perniagaan, keagamaan, dan ada juga pasal daily update yang biasa-biasa je. Tapi sampai satu ketika aku rasa ini bukan sesuatu yang sihat untuk pemikiran dan diri aku. Sebagai contoh katalah aku tengah drive, lepas tu berhenti kat traffic light sebab lampu merah. Dan-dan tu jugak aku terus capai handphone aku dan masuk FB. Tak ke sewel namanya tu (bagi aku lah…). Dah tu kalau lampu dah hijau dan aku belum lagi habis baca status yang agak panjang, boleh pulak aku sempat lagi scan laju-laju sambil drive (gilleee… dan membahayakan nyawa…).
Untuk tips perniagaan pula, memang ada yang bagus-bagus. Ada jugak yang suam-suam kuku je sekadar konon nak up kan diri terutama update yang general dan lebih kepada (bagi aku…) sekadar nak buat self marketing dan tarik perhatian orang lain. Di satu sudut yang lain, ada pulak yang tak reti berahsia. Segala hal perniagaan dia nak update, termasuklah hal huru hara dalam syarikat dia. Semua dia nak cerita dalam status FB dia. Yang ni bagi aku lagi lah  “………..”  (mula lah aku fikir dia ni tak tau istilah P&C ke…?).

Tapi yang paling aku terkesan ialah masa dekat-dekat PRU13 hari tu dan dalam beberapa minggu selepas PRU. Segala macam status dan cerita keluar dalam FB termasuk cerita-cerita yang bohong dan tak benar. Masa ni memang aku rasa sakit kepala jugak terutama bila baca status dan post dari mereka yang bagi aku ada pengaruh. Ohhh… memang sangat mudah untuk mempengaruhi orang lain jika anda ada pengaruh dalam FB walaupun apa yang anda share adalah sesuatu yang 1000% palsu.
Aku tengok dan baca dengan mata kepala aku sendiri bagaimana seorang yang berstatus multi millionaire upload berita palsu pasal ‘sesuatu’. Dan yang baca tu siap bagi komen mempercayai 4000% status tersebut padahal perkara yang sebenar memang dah sah adalah sebaliknya. Disini aku dah nampak macam ada yang tak kena. Dah tu mula lah hati aku tawar nak follow status ‘multi-millionaire’ tu lagi sebab aku dah tau dalam banyak-banyak tips dia bagi ada juga dia masukkan unsur-unsur yang tak baik.
Bila aku duduk fikir kejap, aku decide aku mesti cari sebab untuk tinggalkan hobi aku yang satu ni. Teringat masa aku masuk kelas NS-NLP dulu, cikgu aku ada cakap – Sometimes, in order to move forward, we must first “unlearn” some “habits and beliefs” and replace with new ones. Bab unlearn tu paling susah sebab ianya melibatkan sesuatu yang dah lama aku buat dan amalkan dan aku mesti belajar untuk buang dan tinggalkannya. Tapi inilah realiti hidup. Ada masa kita mesti buat sesuatu bila kita tahu ‘sesuatu itu’ tak bagus untuk arah tuju hidup kita.
Bagaimana aku berjaya log off diri aku dan bebas dari ketagihan facebook ni..?
1. Aku percaya aku MESTI boleh buat sebab ianya memang tak bagus untuk aku.
2. Aku cari lagi sebab-sebab lain kenapa aku mesti buang tabiat aku yang satu ni.
3. Cari kerja atau aktiviti lain yang boleh aku buat untuk gantikan tabiat lama aku tu. Salah satunya dengan menulis di blog ni lah.
4. Aku tak perlu fikir nak like-like status orang lain. Dan aku limitkan diri aku – tiap kali masuk FB berapa minit je aku boleh spend kat situ. Dan ikut betul-betul limit tu.
5. Tak payah update status sendiri. Kalu nak update jugak, lepas update je blah dari FB. Dan jangan sekali-kali tengok atau intai-intai berapa orang yang LIKE status yang aku update tu. Kalau ada yang komen, aku akan jawab hari esoknya, bukan di hari yang sama (dulu masa kritikal, aku mesti nak jawab masa tu jugak).
6. Bila melibatkan update di page perniagaan, aku tulis dulu artikel atau tips di blog. Lepas tu baru masuk FB dan letak link di page.
7.  Ada group-group yang aku join tu adalah group-group yang bagi tips yang bagus. Jadi untuk group-group macam ni aku akan masuk sekali seminggu dan baca. Tu pun aku limitkan masa aku jugak. Tapi alhamdulillah group yang paling aku suka tu dia punya update tak le setiap hari. Ianya hanya di update bila ada info terkini je.
8. Bila melibatkan pertanyaan dari fan atau bakal pelanggan (bagi yang ada fan page), jawab ikut handphone je. Tak payah log in masuk ke facebook. Sebab kalau log in, kemungkinan untuk terbabas sangat tinggi sebab mula-mula mesti masuk ikut akaun personal dulu. Lepas tu baru masuk ke page. Katalah lepas log in je terus nampak status yang menarik, mesti nak baca kan..?
Itulah antara langkah-langkah yang aku buat. Dan hasilnya… aku kini lebih fokus dengan kerja-kerja harian aku.
FB ni sebenarnya bukan tak bagus. Ianya bagus jika digunakan dengan betul. Contohnya untuk cari kawan-kawan lama, untuk keep in touch dengan kawan-kawan baru dan lama, untuk pemasaran internet, dan juga untuk bina kredibiliti diri (jika anda jenis yang nak diri anda dikenali ramai). FB juga bagus jika anda join group-group yang bagi tips dan informasi terkini terutama yang melibatkan IT dan yang sewaktu dengannya sebab dunia digital ni berubah dengan pantas. Kalau tak update diri, ketinggalan lah jawabnya.
TETAPI jangan biarkan FB mengawal hidup anda. Inilah yang aku rasa dah terjadi pada aku sebelum ni.
Oklah, panjang pulak aku menceceh kali ni. Apa-apa pon ini hanya pendapat peribadi aku je. Mungkin bagi orang lain sebaliknya terutama bagi mereka yang menjalankan perniagaan 100% berasaskan FB marketing saja tanpa ada website atau blog.

KREDIT :
Baca SeterusnyaBagaimana Nak Buang Ketagihan Facebook Yang Teruk

Laman web paling popular di malaysia

Club Pujangga | 06:26 |
1. Facebook
2. Google
3. Yahoo
4. mudah.my
5. youtube.com
6. blogspot.com
7. MSN
8. thestar.com.my
9. lowyat.net
10. malaysiakini.com
11. mylauchpad .com.my
12. utusan.com.my
13. blogger.com
14. wikipedia.com
15. Bharian.com.my
16. wordpress.com
17. kosmo.com.my
18. maybank2u.com.my
19. cari.com.my
20. hmetro.com.my
21. lelong.com.my
22. fooyoh.com
23. themalaysianinsider.com
24. mobile88
25. biz.thestar.com
26. airasian.com
27. sinchew.com.my
28. paultan.org
29. nst.com.my
30. sinchew-i.com
Baca SeterusnyaLaman web paling popular di malaysia