nuh

Aril Impian

Bandar-bandar purba dikesan

Club Pujangga | 23:14 |

NEW YORK 28 April - Sekurang-kurangnya 10,000 tapak arkeologi berjaya dirakam oleh satelit perisikan Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat semasa era Perang Dingin berpuluh-puluh tahun lalu sekali gus meningkatkan lagi jumlah tapak-tapak arkeologi khasnya di rantau itu.Imej yang dirakam menerusi tinjauan udara itu merekodkan tapak-tapak arkeologi seperti bandar-bandar purba, jalan raya, terusan dan tinggalan-tinggalan bangunan dipercayai bandar yang wujud pada Zaman Gangsa di Iraq, Turki dan Syria.Perkara itu didedahkan hasil laporan Atlas Corona Asia Barat oleh seorang ahli arkeologi dari Universiti Arkansas, Jesse Casana semasa persidangan tahunan Persatuan Arkeologi Amerika, di Texas, baru-baru ini."Sebahagian daripada tapak itu sangat besar dan kewujudannya sama sekali tidak diketahui."Kami boleh melihat pelbagaijenis benda dari jalan raya purba sehingga terusan. Imejitu menyediakan gambar yang amat komprehensif," katanya seperti yang dilaporkan Mail Online.Imej itu dirakam oleh satelit perisikan AS generasi pertama, sebuah kod sistem dipanggil 'Corona' bermula dari 1960 hingga 1972 dengan menggunakan filem hitam putih.Foto tersebut diambil untuk mendedahkan pangkalan peluru berpandu dan kem-kem tentera Soviet padaketika itu.Arkib gambar mengandungi lebih 860,000 imej satelit yang merangkumi kebanyakan kawasan di dunia didedahkan oleh Presiden, Bill Clinton pada 1995.Selain Asia Barat, imej Corona itu turut merangkumikawasan yang menarik minatahli arkeologi termasuk Afrika dan China dengan kebanyakan kawasan itu kini menerima kesan pembangunan.