nuh

Aril Impian

Memiliki Kemampuan Bersyukur

Club Pujangga | 22:52 |
Dari Abu Hurairah r.a katannya,
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta yang melimpah-limpah dan kecantikan,maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan."
(Riwayat Bukhari)



Huraian
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu menginkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"(Ibrahim:7)

Sesungguhnya setiap niimat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah:

1. Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelakan seseorang daripada menjadi angkih dan sombonh dengan nikmat yang ada padanya.

2.Selalu mengucapkan "alhamdulillah",memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.

3.Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah.

4.Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.
Baca SeterusnyaMemiliki Kemampuan Bersyukur

Puasa Wajib Dan Puasa Sunat

Club Pujangga | 10:17 |
A Puasa
1. Pengertian Puasa
Puasa menurut bahasa ialah menahan diri dari segala sesuatu.sedangkan menurut istilah
ialah menahan diri dari makan dan minum serta hal-hal yang membatalkan puasa sejak
terbit pajar hingga terbenam matahari dengan niat karena Allah SWT.
1. Syarat Wajib Puasa
a. Muslim
b. Baligh
c. Berakal sehat
d. Mampu berpuasa
e. tidak dalam keadaan haid dan nifas ( bagi wanita)
 3. Rukun Puasa
 a. Niat puasa karena Allah SWT pada malam hari
 b. Menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa
 4. Hal-hal yang membatalkan puasa
 a. Makan dan minum dengan sengaja
 b. Bersenggama / bersetubuh
 c. Memasukan sesuatu pada lubang anggota badan
 d. Muntah dengan sengaja
 e. Datang haid dan nifas ( bagi wanita )
 f. Hilang ingatan atau gila
 g. Keluar mani (sperma) dengan sengaja
 h. Murtad ( keluar dari agama Islam )
 5. Hikmah puasa dalam kehidupan sehari-hari
 a. Membentuk pribadi yang bertaqwa
 b. Sebagai jalan pengendalian nafsu dalam agama Allah swt
 c. Melatih kesabaran jiwa
 d. Memberi manfaat baik secara fisik maupun psikologi

B. Puasa Wajib.
 Puasa Wajib adalah puasa yang harus dikerjakan oleh setiap orang yang beriman, lagi baligh (
Dewasa ),apabila tidak ada halangan,. Maka hukumnya berdosa bagi yang meninggalkan
puasa karena melanggar ketetapan Allah.swt

Macam-macam puasa wajib : 
1. Puasa Ramadhan 
Puasa Ramadhan adalah puasa sebulan penuh yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam 
di bulan Ramadhan. Puasa Ramadhan mulai di wajibkan pada tahun kedua 
hijriah..Sebagaimana firman Allah swt. 

Artinya : Wahai orang –orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana 
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. ( Q.S. Al Baqarah : 183) 
2. Puasa Nazar. 
Puasa nazar ialah puasa yang dijanjikan untuk dilakukan oleh seseorang yang bernazar. Dan 
orang yang bernazar puasa itu terkabul permohonannya, maka hukumnya wajib dan jika tidak 
dikerjakan akan berdosa. Jadi puasa Nazar itu wajib setelah dinazarkan..firman Allah swt.: 
 
3. Puasa kifarat 
Puasa kifarat ialah puasa untuk menebus dosa (sebagai denda) karena melakukan 
bersenggama (bersetubuh)di siang hari di bulan puasa, dendanya puasa selama dua tahun 
berturut-turut. 
 
 C PUASA SUNAT 
 Puasa sunat ialah puasa yang boleh dilakukan dan boleh juga tidak dilakukan. Apabila 
dilaksanakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mengakibatkan berdosa. 
 Macam-macam puasa sunat : 
1. Puasa hari Senin dan Kamis 
Puasa hari Senin dan Kamis merupakan kebiasaan Rasulullah saw. Oleh karena itu umat 
Islam disunatkan berpuasa pada hari Senin dan Kamis, sebagaimana dijelaskan Rasulullah 
saw dalam sabdanya : 
 
 Artinya : “ Dari Aisyah ra. Bahwasanya Nabi Muhammad saw. Memilih puasa pada hari 
Senin dan Kamis.”. ( H.R. Tirmidzi ) 
 
2. Puasa Arafah 
Puasa Arafah ialah puasa pada tanggal 9 Dzulhijjah. Dinamakan hari Arafah karena hari itu 
orang-orang yang melakukan ibadah haji sedang wukuf di Arafah. Puasa Arafah ini 
disunatkan bagi orang yang tidak melakukan ibadah haji, sedang mereka yang melakukan 
ibadah haji hukumnya makruh. 
Rasulullah saw bersabda : 
 
Artinya : Dan dari Abu Hurairah ra. Bersabda : Nabi saw. Melarang puasa Arafah bagi 
orang –orang yang ada di Arafah. ( HR> Imam Ahmad ) 
Sabda Rasulullah saw : 
 
3. Puasa Syawal. 
Puasa syawal ialah puasa enam hari pada bulan syawal setelah selesai melaksanakan puasa di 
bulan Ramadhan. 
Rasulullah saw. Bersabda : 
 
 
Artinya : ‘Dari Abi Ayyub ra. Telah bersabda Rasulullah saw : Barangsiapa puasa 
Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan puasa enam hari dibulan Syawal ( akan mendapat 
pahala ) seperti puasa satu tahun” ( H.R. Muslim )

4. Puasa ‘Asyura 
Puasa ‘Asyura ialah puasa pada tanggal 10 Muharram. Puasa ‘asyura termasuk puasa sunat, 
yang cukup besar pahalanya. Sebagaimana Sabda Rasulullah saw. : 
 
 
 
Artinya : Dan dari Abi Qatadah ra. Berkata Rasulullah saw. Bersabda: puasa ‘Aisyah itu 
dapat menghapus (dosa) dua tahun, tahun yang lalu dan tahun yang akan dsatang dan puasa 
‘asyura itu dapat menghapus (dosa) setahun yang lalu. ( H.R. Jama’ah kecuali Imam Bukhari 
dan At-Tirmidzi 





Baca SeterusnyaPuasa Wajib Dan Puasa Sunat

Pasangan Hidup Yang Soleh

Club Pujangga | 23:28 |

Sebuah pasangan hidup yang akan melahirkan suasana rumah dan keluarga yang soleh.Di akhirat kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta melaksanakan apa yang ditanggungjawabkan dalam mengajak isteri dan anak-anaknya kepada dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T Berbahagialah menjadi seorang isteri yang memiliki suami yang soleh,suami yang soleh pasti akan bertungkus-lumus untuk mengajak isteri dan anak-anaknya menjadi muslim yang soleh.

Manakala seorang isteri yang solehah akan mempunyai sifat kasih sayang,kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suami dan anak-anaknya.Pasangan hidup yang soleh akan menciptakan suasana rumah yang teduh,damai dan memperolehi keluarga yang soleh.Memiliki keluarga yang indah dan mententeramkan adalah idaman setiap insan.Para penyelidik membuktikan,kesolehan (inner beauty) adalah 2/3 faktor penentu kebahagiaan dalam kehidupan,sedangkan kecantikan atau ketampanan dan kekayaan hanyalah 1/3 sahaja darinya.Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri yang solehah dan berbahagialah seorang isteri yang memiliki suami yang soleh.
Baca SeterusnyaPasangan Hidup Yang Soleh

Harapan itu ada

Club Pujangga | 11:58 |

Harapan itu ada.Harapan itu wujud.Harapan itu sahih.Harapan itu akan datang bila mana ada manusia yang mengharapkannya dengan berusaha.Bukan mengharap tanpa berusaha.Itu dipanggil tin kosong.Bunyisahaja cergas tetapi isi tiada

Hidup ini terlalu berharga untuk dikhianati.Kadang-kadang runsing bila difikirkan bagaimana ada manusia yang sanggup mencabut nyawanya sendiri untuk perkara yang bodoh.Sebenarnya ketentuan ini ada bezanya.Sebagai contoh kalau Allah dah tentukan kita tak selamanya bersama si dia anggap sahaja itu bukan dipanggil jodoh,itu dipanggil ujian.Antara contoh lain bila diri sudah agak terlalu jauh dan tersasar dari jalan yang benar itu memang dipanggilketentuan.Ia dipanggil ketentuan untukkita lawan.Memang benar Allah jadikan kita sedemikian itu kerana dia mahu hambanya sendiri cuba mengubah apa yang DIA berikan,apa yang dia jadikan yang bila dipandang dari sudut luaran ianya tampak negatif.Itu juga dipanggil salah satu ujian hidup.

Contoh yang mudah untuk kita fahami.Kalau hari ini Allah dah tentukan kita Cuma mampu memperoleh rezeki sebanyak itu tetapijika kita usaha,gigih kita pasti akan memperoleh rezeki lebih dari apa yang telah Allah tetapkan.Allah pernahberfirman,”Aku tak akan mengubah nasib hamba-hambaku melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri”.Itulah yang dipanggil ketentuan untuk kita cabar.Nak tahu Allah S.W.T itu kreatif?Take a look at the mirror right now.Akan jumpa jawapannya.

Hidup ini indah.Hidup ini berharga.Hidup ini terlalu bernilai.Sudahlah berhenti menjadi manusia yang derita.Bangun untuk ketawa.Bahagia itu ada.Allah beri.Allah kurnia.Allah bagi.Cuma kita sahaja kena cari.Ikhlaskan hati,redakan untuk semua yang pernah terjadi.Perkara yang sama tak akan berlaku untuk dua kali jika kita hindari.

Allah itu pengampun.Allah itu pengasih.Allah itu pendengar.Mohonlah kepadaNYA agarkita mempunyai hati yang ikhlas untuk segala perkara.Jika pelangi mempunyai tujuh warna,ketahuilah hidup kita mempunyai berjuta warna.Sebenarnya hidup kita indah.Indah kerana kita punya Allah sebagai petunjuk kita.Terlalu banyak keagungan dunia yang telah Allah kurniakan kepada kita.Semua itu tak akan kekal selamanya jadi rasailah selagi bernyawa.

Bagi hati yang mudah rapuh ketahuilah.Allah ciptakan kita dengan hati yang tulus untuk kita merasa dengan kesucianNYA.Bagi hati yang sukar untuk jatuh,sedarlah sebenarnyaAllah telah mengurniakan kita dengan hati yang kuat untuk tempuh segala macam ujian dariNYA.Allah tak akan pernah berdiam dengan ujian untuk hamba-hambanya.Berbaktilah kepada hidup sendiri selagi boleh,sayangilah diri sendiri semampu yang boleh.Hargailah diri sendiri sekuat yang boleh.Ingatlah harapan itu ada bagi yang berusaha.

Harapan itu ada bagi setiap manusia yang pernah jatuh.Bangunlah dan teruskan berjalan.Mungkin yang terbaik tengah menunggu di hadapan.Siapa tahu bukan hari ini tapi mungkin pada masa yang akan datang.

Baca SeterusnyaHarapan itu ada

Rahman Bulan Ramadhan

Club Pujangga | 23:32 |

“Ia adalah bulan Ramadhan, bulan kesabaran kerana bersabar itu adalah syurga, bulan berkasih sayang dan bulan ditambahkan rezeki orang yang beriman”
Di negara kita makanan memang melimpah ruah.  Alhamdulillah! Setiap hari berbagai jenis makanan boleh didapati di bazar Ramadhan (sesuatu yang  tidak ada di Mesir).  Juadah berbuka kita pula melebihi hari-hari biasa.  Lebih-lebih lagi jika ada jiran tetangga yang bermurah hati menghulurkan juadah berbuka.  Kadang-kadang makanan lebih banyak dibuang kerana perut kita sudah tidak mampu menerima makanan yang banyak itu.  Akhirnya banyak pembaziran yang berlaku.  Alangkah ruginya…
Sedangkan sepatutnya Ramadhanlah yang boleh mendidik kita mengingati saudara-saudara kita yang sering kebuluran dan bagaimana menghargai makanan yang sedikit serta bersyukur dengan apa yang ada.
Bulan yang penuh dengan pintu-pintu ilmu dan kebaikan
“ Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, pintu-pintu kebaikan, ditutupkan pintu-pintu neraka, dibelenggu syaitan-syaitan” 
            Bagi pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir, sepanjang bulan Ramadhan banyak kelas-kelas talaqi dan tafaquh fiddin untuk diikuti dari pagi, petang sampailah ke malam selepas terawih, betapa bulan yang penuh dengan pintu-pintu ilmu bagi mereka yang benar-benar cintakan ilmu.  Subhanallah!
            Mengikuti kelas talaqi di sebelah petang kadang-kadang menyebabkan kami kelewatan untuk pulang ke rumah anak negeri masing-masing.  Di pertengahan jalan azan maghrib mula berkumandang, waktu itu kami sangkakan kami akan terlewat berbuka puasa pada hari itu, namun Alhamdulillah rupa-rupanya bila azan berkumandang aka nada beberapa orang kanak-kanak yang membawa kotak kurma untuk diberikan kepada sesiapa yang masih di jalanan.  Walaupun hanya mendapat sebiji kurma, begitu terasa nikmat rezeki kurniaan Allah.  Alhamduluillah, besarnya rahmatMu ya Allah.
Bulan ibadah dan pahala dilipatgandakan
Saya kira hampir kesemua daripada kita dapat merasai limpahan rahmat daripada Allah s.w.t setiap kali tibanya bulan Ramadhan.  Contohnya walaupun kita tahu seseorang itu tidak solat tetapi dia tetap meraikan Ramadhan dengan berpuasa.  Walaupun mereka adalah golongan yang  tidak menutup aurat  tetapi kita dapati mereka pergi ke masjid-masjid untuk bersolat terawih.  Alhamdulillah…
Cuma, yang masih kurangnya kita ialah bagaimana kita menghidupkan Ramadhan itu dengan memperbanyakkan membaca dan mentadabur Al-Quran, bersedekah, member makan kepada faqir miskin, mengeluarkan zakat serta beribadah di malam hari.  Allah telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi mereka yang melakukan kebaikan di bulan Ramadhan.
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan akan dibalasi dengan pahala seperti mengerjakan fardhu di bulan-bulan lain.  Manakala yang mengerjakan fardhu akan digandakan seperti mengerjakan 70 kali fardhu di bulan-bulan lain   (HR Ibnu Khuzaimah)
Bulan diturunkan Al-Quran
“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan bagi petujnuk itidan sebagai pembeza antara petunjuk (hak) dan batil"
Di negara kita Malaysia, susah sekali untuk melihat masyarakat kita membudayakan membaca Al-Quran.  Di hentian-hentian bas atau di tempat-tempat awam susah sekali untuk melihat anak-anak kita membaca Al-Quran.  Mereka lebih suka membaca komik dan majalah hiburan.  Sepatutnya bulan yang diturunkan Al-Quran inilah kita berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran sbanyak mungkin serta mentadabur maknanya.  Sayangnya sesetengah ibubapa tidak memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk terus membaca Al-Quran. Bahkan ada yang tak kisah langsung anak-anak mereka menghabiskan masa dengan menonton televisyen.  Alangkah ruginya beribu-ribu pahala sedang menanti di setiap huruf Al-Quran dibiar begiru saja.
Berlainan pula suasana di tanah arab, di mana saja pasti ada yang memegang mushaf (Al-Quran) tidak kira tua atau muda (walaupun tidak semua).  Alangkah sejuknya hati melihat suasana ini.  Mudah-mudahan generasi kita yang akan datang bakal menghidupkan suasana ini InsyaAllah.  Amin ya Rabb…
Bulan berdoa
“Wahai manusia kamu dinaungi oleh bulan yang penuh keberkatan yang mana bulan yang ada di dalamnya malam yang lebih baik daripada seribu bulan”   (HR Ibnu Khuzaimah)
Kalau nak diceritakan semua kebaikan bulan Ramadhan ini tak tertulis rasanya.  Namun, satu perkara yang kita harus sentiasa buat ialah memperbanyakkan berdoa.
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan, pada malam itu turun para malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar. ( Al-Qadr: 3-5)
Subhanallah! “Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar” itulah janji Allah bagi hambanya yang bangun di malam hari yang beribadah dengan penuh keimanan dan pengharapan.  Para malaikat pula turun untuk mengatur semua urusan. Allahuakbar! Mudah-mudahan kita termasuk di dalam hamba-hambaNya yang akan mendapat keistimewaan ini. InsyaAllah…
Sebagaimana yang kita ketahui waktu sepertiga malam iaitu sekitar jam 2 hingga 4pagi, sewaktu insan lain lena diulit mimpi adalah antara waktu yang paling mustajab untuk berdoa. Justeru, marilah sama-sama kita ringankan badan kita untuk bangun mengadap ilahi  di malam hari mencari satu malam yang Allah janjikan lebih baik daripada seribu bulan, malam yang setiap doa akan terus diangkat ke sidratul muntaha dan diperkenankan oleh Allah s.w.t
Selain itu, waktu lain yang boleh kita berdoa ialah waktu ketika kita berbuka puasa.  Oleh yang demikian, perpanjangkanlah doa kita.  Bukan sekadar membaca doa makan tetapi berdoalah agar kita terus diberi hidayah Allah, agar ditetapkan iman kita, dilimpahkan rezeki atau apa saja yang kita hajati. Berdoa…berdoa…dan berdoalah!
Untuk akhirnya, marilah sama-sama kita tingkatkan ibadah kita, solat tahajud kita, tilawah kita agar kita terpilih untuk bertemu dengan malam sejuta berlian ini dan jangan lupa untuk sentiasa berdoa.  Berdoa untuk kita, keluarga kita dan kemenangan umat Islam. Moga-moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lalu. 
Selamat mencari lailatul qadar…
Aku hanya bermaksud untuk islah (memperbaikan) selagi mana aku masih terdaya.  Tidak akan ada petunjuk itu melainkan dari Allah” (Hud:88)
Benarlah kata-kata Allah yang maha Agung.



Baca SeterusnyaRahman Bulan Ramadhan

Hubungi

Club Pujangga | 22:47 |

Hubungi Kami
My Email   : aril.impian@gmail.com
Facebook  : Aril Impian
Twitter       : Aril_impian



Name



Email



Web Site



Message



Terima Kasih Atas Maklum Balas Anda Laman Aril Impian dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email Aril Impian Network / aril.impian@gmail.com ataupun melalui laman fb kami. 

    Baca SeterusnyaHubungi

    Kisah berkat membaca bismillah

    Club Pujangga | 02:13 |
    Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang 
    yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu 
    berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan 
    setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan 
    Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa 
    memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik 
    Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

    Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. 
    supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata 
    : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu 
    itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan 
    wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." 
    Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di 
    samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. 
    Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan 
    mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan 

    berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu 
    untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh 
    suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu 
    dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah 
    S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan 
    menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala 

    perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula 
    mengerjakan perintah Allah, dan dia  juga membaca Bismillah apabila dia 
    hendak memulakan sesuatu kerja.
    Baca SeterusnyaKisah berkat membaca bismillah

    Siapa Yang Allah Suke

    Club Pujangga | 22:45 |
    Allah menyukai orang-orang yang BERBUAT BAIK
    (Al-Baqarah:195)

    Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang BERTAUBAT dan menyukai orang-orang yang MENYUCIKAN DIRI-(Al-Baqarah:222)

    (Bukan demikian),sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuatnya) dan bertakwa,maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang BERTAKWA"-(aL IMRAN:76)

    (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya),baik di waktu lapang mahupun sempit,dan orang-orang yang menahan amarahnyandan memaafkan (kesalahan) orang Allah menyukai orang-orang yang BERBUAT KEBAJIKAN" (Ali imran:134)

    Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang BERTAWAKAL KEPADANYA" (aLi imran: 159)

    "Katakanlah,'jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,IKUTLAH AKU (MUHAMMAD),NESCAYA Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu"......-(Ali imran :31)

    Dan jika kamu memutuskan perkara mereka ,maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka,dengan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang ADIL"(Al-maaidah:42)

    Sesungguhnya Allah menyukai orang yang BERPERANG DI JALAN-NYA DALAM BARISAN YANG TERATUR seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh; (As-soft;4)

    "Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama merka sejumlah besar(nya) yang bertakwa.Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah,dan tidak lesu dan tidak(pula)menyerah (kepada musuh).Allah menyukai orang-orang yang SABAR"- (ALI IMRAN:146)


    Baca SeterusnyaSiapa Yang Allah Suke

    Cara Check SEO Blog Anda

    Club Pujangga | 23:37 |
    Salam pada semua rakan blogger malaysia baik yang lama atau pun baru dalam dunia bloggin.Pernah ke anda terfikir apakah status blog anda,apakah prestasi SEO blog anda buat masa kini,adakah blog anda dikedudukan yang terbaik atau sebaliknya,dalam berblogging kite sentiasa mencari tempat atau platform yang terbaik dari segi pembikinan laman web domain atau gratis secara percuma seperti wordpress mahukan blogspot,dalam berblogging tujuan dan matlamat kite sama sahaja ape yang kite cari dan mahukan yang terbaik..

    Dari segi interface segalanya dalam sesebuah blog sentiasa perlu kelihatan menarik untuk menarik minat pembaca tidak kurang juga dari segi penulisan serta karya-karya dimana kita mengharapkan suatu penyampaian yang terbaik dan tampak profesional sebagai seorang penulis.Tapi disebaliknya kita tidak mengambil kira tentang penerimaan hasil karya kite dimata google dari sudut SEO segala hasil akan di indeks suatu proses tapisan yang akan dilakukan search engine oleh Tos Goole untuk mengetahui maklumat yang ditulis serta merta cepat dapat berada laman blog paling utama dalam rangking google

    Itu semua akan diambil kira dengan hasil penulisan dan pembikinan kepada lebih mesra seo,untuk mengetahui hasil prestasi blog kite dimana sekian lamanya dan bertahun untuk mengetahuinya.paling mudah anda hanya perlu check dengan : checkmyseo


    Cara Semak SEO Dengan CheckMySEO


    1. Masuk ke laman web CheckMySEO.



    Semak seo
    2.Masukkan alamat/domain blog anda di dalam petak yang telah disediakan. Kemudian, klik
    CHECK SEOSCORE.

    prestasi blogspot

    3.Lihat keseluruhan prestasi yang telah disediakan oleh pihak CheckMySEO.
    Sekiranya memperolehi skor melebihi 80% SEO blog anda berada di tahap yang baik.

    Jika kurang 80%, anda perlu memperbaiki lagi kelemahan SEO dengan dengan semak validity HTML5 , meta tags, serta penggunaan H tag yang betul.

    Sumber Dari: http://www.anirahazuri.com/
    Baca SeterusnyaCara Check SEO Blog Anda

    Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

    Club Pujangga | 04:56 |

    Salam kepada semua rakan2 blogger ada Giveaway lah dari syuhadabaharudin diorang nak pergi haneymoon katanya wowww!! semoga berbahagia kekal abadi sempena hari ulang tahun perkahwinannya...

    Sempena dengan ulangtahun perkahwinan saya yang ke-8 hari ini,
    saya ingin merasmikan Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com yang bermula pada hari ini 3hb Jun 2014 sehingga 30hb Jun 2014.

    Hadiah :Wang Tunai RM50.00 + 1 Sabun Pemutih Carawhite bernilai RM 60.00x 10 Pemenang
    (Pemenang akan dipilih secara random)

    Buat entri bebas bertajuk “Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com”
    Simple je nak join klik je banner kat bawah ni untuk maklumat lanjut ok..

    Giveaway tunai
    Baca SeterusnyaGiveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

    Hak Cipta Terpelihara

    Club Pujangga | 03:14 |

    ©Hak Cipta Terpelihara

    Semua artikel di dalam web ini adalah hak cipta terpelihara milik penulis. Pun demikian, pengunjung dipersilakan untuk menyebarkan mana-mana bahagian di dalam artikel ini dengan memberikan kredit kepadanama penulis dan juga website : arilimpian.blogspot.com

    Selain itu, terdapat beberapa gambar hiasan yang saya ambil dari sumber maya. Sekiranya berlaku demikian, kredit diberikan dengan memberikan capaian langsung di imej berkenaan kepada sumber asal.

    Baca SeterusnyaHak Cipta Terpelihara

    Cara mengetahui atikel blog masuk ke google sandbox

    Club Pujangga | 22:07 |
            Selamat datang kepada semua rakan blogger,terutama kepada blogger yang masih baru dalam dunia blogging ini.Blog Tutorial kali ini merangkan serba sedikit tentang Google Sandbox,rasanya kepada blogger-blogger diluar sana biasa kita terdengar dan apakah itu google sandbox.kita sebagai blogger kadangkala leka dengan mengupdate entry/artikel yang baru dan terlalu optimis mempelajari bagaimana untuk meningkatkan trafik blog kita,dalam masa yang sama kita tidak menyedari blog kita termasuk ke dalam google sandbox ianya berkaitan telah melanggar Tos Google,sandbos adalah penalty yang diberikan oleh google dimana ada artikel kita yang tidak terindeks oleh google.

    Situasi ini berlaku berpunca ada sesetengah blogger hanya mengambil jalan mudah,jalan singkat untuk memudahkan kerja dengan mengambil artikel-artikel hasil copy paste dari blog orang lain bukan itu sahaja sebab lain juga salah satu faktor penyebab seperti terlalu banyak backlink tanpa kawalan yang ditetapkan,Ping yang berlebihan dalam satu hari semata-mata untuk mempercepatkan artikel ke laman index google,terlalu banyak mengulang kata dalam sesetengah artikel google tidak menyukai kata/perkataan yang berulang tanpa variasi perkataan yang google mahukan,blackhat SEO menyembunyikan link kedalam artikel melebihi 100 link dalam satu-satu masa yang akan mengakibatkan terkena penalty google..

     Dengan itu bagaimana untuk kita mengetahui blog kita terkena penalty atau termasuk dari golongan yang terkena sandbox disini caranya pixelgroove dimana layanan web dapat kite check hanya memasukkan url blog kita :  http://pixelgroove.com/serp/sandbox_checker/

    Dengan itu semoga anda dapat memanfaatkan sekian terima kasih.

    Baca SeterusnyaCara mengetahui atikel blog masuk ke google sandbox

    Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru

    Club Pujangga | 04:49 |
    >> Pengenalan ringkas mengenai blog ini,Aril Impian adalah nama rasmi bagi laman ini dan ber'moto'kan "Pencetus Generasi Hadapan" yang beridentitikan centusan idea kreativiti untuk dikongsikan kepada generasi yang akan datang di masa hadapan.
    >> Pengasas/pemilik blog ini yang berusia 27 tahun,manakala usia laman ini baru sahaja 2 thn 6 bln.
    >> bilangan folower halaman tidak lah begitu banyak 500 like,200 folower,36 google.
    >> Laman Aril Impian ini memberi fokus serba sedikit mengenai travelog,islam,isu semasa,kisah kehidupan,online income,dunia,cerita,yang dapat dikongsikan bersama blogger-blogger..
    >> Itu sahaja penerangan ringkas dari saya mengenai blog ini,tak lupa juga kepada Hasrul Hassan yang telah menjayakan segmen : Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru,untuk dikongsikan kepada blogger yang baru..
    Sekian,terima kasih..
    Baca SeterusnyaSegmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru