nuh

Aril Impian

Harapan itu ada

Club Pujangga | 11:58 |

Harapan itu ada.Harapan itu wujud.Harapan itu sahih.Harapan itu akan datang bila mana ada manusia yang mengharapkannya dengan berusaha.Bukan mengharap tanpa berusaha.Itu dipanggil tin kosong.Bunyisahaja cergas tetapi isi tiada

Hidup ini terlalu berharga untuk dikhianati.Kadang-kadang runsing bila difikirkan bagaimana ada manusia yang sanggup mencabut nyawanya sendiri untuk perkara yang bodoh.Sebenarnya ketentuan ini ada bezanya.Sebagai contoh kalau Allah dah tentukan kita tak selamanya bersama si dia anggap sahaja itu bukan dipanggil jodoh,itu dipanggil ujian.Antara contoh lain bila diri sudah agak terlalu jauh dan tersasar dari jalan yang benar itu memang dipanggilketentuan.Ia dipanggil ketentuan untukkita lawan.Memang benar Allah jadikan kita sedemikian itu kerana dia mahu hambanya sendiri cuba mengubah apa yang DIA berikan,apa yang dia jadikan yang bila dipandang dari sudut luaran ianya tampak negatif.Itu juga dipanggil salah satu ujian hidup.

Contoh yang mudah untuk kita fahami.Kalau hari ini Allah dah tentukan kita Cuma mampu memperoleh rezeki sebanyak itu tetapijika kita usaha,gigih kita pasti akan memperoleh rezeki lebih dari apa yang telah Allah tetapkan.Allah pernahberfirman,”Aku tak akan mengubah nasib hamba-hambaku melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri”.Itulah yang dipanggil ketentuan untuk kita cabar.Nak tahu Allah S.W.T itu kreatif?Take a look at the mirror right now.Akan jumpa jawapannya.

Hidup ini indah.Hidup ini berharga.Hidup ini terlalu bernilai.Sudahlah berhenti menjadi manusia yang derita.Bangun untuk ketawa.Bahagia itu ada.Allah beri.Allah kurnia.Allah bagi.Cuma kita sahaja kena cari.Ikhlaskan hati,redakan untuk semua yang pernah terjadi.Perkara yang sama tak akan berlaku untuk dua kali jika kita hindari.

Allah itu pengampun.Allah itu pengasih.Allah itu pendengar.Mohonlah kepadaNYA agarkita mempunyai hati yang ikhlas untuk segala perkara.Jika pelangi mempunyai tujuh warna,ketahuilah hidup kita mempunyai berjuta warna.Sebenarnya hidup kita indah.Indah kerana kita punya Allah sebagai petunjuk kita.Terlalu banyak keagungan dunia yang telah Allah kurniakan kepada kita.Semua itu tak akan kekal selamanya jadi rasailah selagi bernyawa.

Bagi hati yang mudah rapuh ketahuilah.Allah ciptakan kita dengan hati yang tulus untuk kita merasa dengan kesucianNYA.Bagi hati yang sukar untuk jatuh,sedarlah sebenarnyaAllah telah mengurniakan kita dengan hati yang kuat untuk tempuh segala macam ujian dariNYA.Allah tak akan pernah berdiam dengan ujian untuk hamba-hambanya.Berbaktilah kepada hidup sendiri selagi boleh,sayangilah diri sendiri semampu yang boleh.Hargailah diri sendiri sekuat yang boleh.Ingatlah harapan itu ada bagi yang berusaha.

Harapan itu ada bagi setiap manusia yang pernah jatuh.Bangunlah dan teruskan berjalan.Mungkin yang terbaik tengah menunggu di hadapan.Siapa tahu bukan hari ini tapi mungkin pada masa yang akan datang.