nuh

Aril Impian

Kisah berkat membaca bismillah

Club Pujangga | 02:13 |
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang 
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu 
berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan 
setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan 
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa 
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik 
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. 
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata 
: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu 
itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan 
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." 
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di 
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. 
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan 
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan 

berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu 
untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh 
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu 
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah 
S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan 
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala 

perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula 
mengerjakan perintah Allah, dan dia  juga membaca Bismillah apabila dia 
hendak memulakan sesuatu kerja.