nuh

Aril Impian

Akad Nikah Di Masjid

Club Pujangga | 01:14 |

kawin pelamin

Nasihat Dan Panduan: Pilihan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga penting untuk menentukan keberkatan dalam kehidupan suami isteri.Kita bersyukur kerana sudah menjadi trend pada hari ini,upacara perkahwinan dilakukan di dalam masjid.Tujuannya sudah sudah tentu untuk memperoleh keberkatan.Memang masjid merupakan tempat yang paling sesuai untuk diadakan upacara pernikahan kerana setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat jahat.Maka upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang menanggung dosa.Itulah erti keberkatan.

Tetapi dalam keghairahan menggunakan kemudahan rumah Allah ini,mereka lupa beberapa perkara yang jarang diberi perhatian. Mereka lupa terdapat adab sopan yang perlu dipatuhi oleh orang yang berada dalam majlis itu. Antara yang penting ialah:


  • Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita.
  • Niat iktikaf di masjid
  • Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid.
  • Mulakan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkhaitan.
  • Tidak bercampur dan bergaul terlalu bebas antara lelaki dengan perempuan.
  • Jika pengantin perempuan didantangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid,maka wali boleh menjemput jurunikah datang datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.
  • Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihatkan agar tidak masuk ke dalam dewan solat masjid.
  • Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.Jika boleh,hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid,tetapi upacara menyarungkan cicin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan.
  • Jangan bergambar secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid.