nuh

Aril Impian

Kelebihan Janggut Seorang Lelaki

Club Pujangga | 00:34 |
lelaki

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya.Antara kelebihan berjanggut adalah :


  • Menampakkan kelelakian
  • Lebih hensem dan berkarisma
  • Penampilan lebih soleh
  • Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak sejati
  • Lebih diminati wanita
  • Mempunyai manfaat kesihatan
  • Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ia bukanlah sesuatu yang penting dan perlu diambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW.bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadis Baginda Rasulullah SAW berkaitan janggut adalah seperti :

"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu" (Hadis Riwayat Bukhari)

"Janganlah kamu menyerupai orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka" (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut,tetapi melarang kita daripada menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasulullah SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.