nuh

Aril Impian

10 Tips Luahkan Kasih buat Isteri

Club Pujangga | 08:58 |
KEBANYAKAN lelaki menganggap alam rumah tangga amat berbeza situasinya dengan alam bercinta.Apabila wanita pujaan itu telah sah menjadi miliknya,sikap yang dahulunya romantik,gemar membuat kejutan,sering meluahkan rasa cinta dan sebagainya,seolah-oloh lenyap ditelan masa.Mereka beranggapan,perbuatan sebegitu sudah tidak penting kerana merasakan si isteri 'tidak kisah'.

Sebagai gantinya,lelaki lebih gemar 'mencurahkannya' dengan pemberian harta benda atau sebuah percutian.

Mereka merasakan perkara ini sudah mampu memberi kegembiraan pada seseorang wanita.Memang benar,namun kegembiraan itu hanya akan bersifat sementara kerana wanita memerlukannya secara berterusan!

Bagi wanita,kasih sayang,perhatian dan bantuan secara berterusan yang dihulurkan suami lebih tinggi nilainya daripada wang ringgit.Pakar perhubungan rumah tangga di amerika,Dr John Gray mengesyorkan beberapa perkara kecil yang boleh dilakukan suami dalam menyamapaikan kasih sayangnya buat si isteri.

1Jika sebelum ini anda sering membelikan buah tangan sering membelikan buah tangan buat isteri ketika mempunyai tugasan luar yang jauh,apa kata kali ini lakukan perkara tersebut biarpun pada hari ini biasa.Pemberian yang boleh memuaskan hati isteri adalah pemberian yang dia langsung tidak sangka akan menerimanya pada hari tersebut.

2Sebelum berkahwin,anda sering memuji pakaian yang digayakannya.Namun perkara ini tidak lagi berlaku apabila telah berkahwin.Bagi menggembirakan hati isteri,sekali-sekala pujilah pakaian yang digayakannya sama seperti anda pernah lakukan ketika zaman bercinta dahulu.

3Ambil tahu apa makanan kegemaran isteri.Jika isteri amat mengambil berat makanan yang anda gemari,mengapa tidak anda.Biarpun anda tidak salah jiak anda membelikannya buat isteri.Pasti si isteri akan tambah gembira setiap kali menerima makanan yang digemarinya itu.

4Setiap kali berbicara,pandanglah muka dan mata isteri kerana perbuatan sebegini mampu membuatkan naluri wanita terasa cukup bahagia dan romantis.Disaat itu juga,tidak salah jika anda meluhkan kata-kat sayang seperti ungkapan I love you dirinya.

5Kebnbanyakan lelaki bersikap acuh tidak acuh apabila mendengar isterinya bercakap.Justeru,ubah sikap tersebut dengan memberi tumpuan setiap kali isteri bercakap sehingga dia berhenti sendiri.Biarkan isteri anda meluahkan segala yang terbuku di hatinya kerana ia sebenarnya berkait rapat dengan psikologi wanita.

6Jadilah seorang suami yang peka terhadap perubahan emosi isteri.Jika lihat isteri dalam keadaan bermasalah,bersedih atau risau,minta dia suapaya berkongsi perasaan tersebut dengan anda.Namun,janga pula anda terus memberikan nasihat agar tidak perlu risau atau bersedih.Inilah kesilapan yang sering dilakukan lelaki.Cara terbaik adalah dengan memberi pelukan dan katakan padanya bahawa anda sentiasa berada di sisinya tidak kira apa jua keadaan.Perbuatan sebegini akan lebih dihargai isteri dan memberikan semangat buat dirinya.

7Bersikap ringan tulang membantu isteri ketika di rumah misalnya dengan membantunya mencuci pakaian,membasuh pinggan mangkuk,menjaga anak dan sebagainya.Bantuan sebeginilah yang amat dihargai wanita lebih-lebih lagi jika si isteri juga berkerjaya seperti anda.

8Sebelum tidur,berikan pelukan dan ciuman buat isteri.[Peluk isteri sekurang-kurangnya tujuh kali sehari bagi menghangatkan hubungan cinta.Seeloknya ,anda dan pasangan juga digalakkan untuk saling memohaon maaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukan pada hari tersebut.Tidurlah dalam keadaan berpelukan.Biar si isteri tidur berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.

9Luangkan masa anda untuk bersama isteri dengan mengimbau kembali saat anda bercinta dan berbulan madu dahulu.Renung wajah isteri anda merenungnya dan belai rambutnya.Dengan cara sebegini,isteri anda akan berasa sentiasa dikasihi dan diingati.

10Jika anda dikurniakan suara yang merdu,nyanyikan sebuah lagu romantik buat isteri.Namun jika sebaliknya,cukuplah sekadar memainkan lagu romantik dan katakan pada isteri anda bahawa lagu tersebut ditujukan buat dirinya.Jangan lupa untuk meluahkan ucapan terima kasih kepada isteri kerana sentiasa melakukan yang terbaik buat dirinya anda.Hargai dirinya sepenuh hati agar dia terus dekat di hati anda.


Baca Seterusnya10 Tips Luahkan Kasih buat Isteri