nuh

Aril Impian

Biodata

Club Pujangga | 23:15 |
Network

Laman Blog Aril Impian ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan secara rasminya.Tujuan blog ini ditubuhkan untuk untuk mencetuskan idea berkongsi maklumat bersama dunia blogger serta sahabat andai dmengenai isu-isu semasa,kisah kehidupan,islam,perniagaan,tips tutorial dan teknologi terkini.Dengan adanya laman seperti ini dapat juga kita bersama-sama bertukar pendapat dan buah fikiran bersama laman/blog sahabat-sahabat blogger yang lain dan juga dapat mendekatkan diri dengan pembaca.

Dengan tertubuhnya laman ini dapat meningkatkan lagi kepercayaan terhadap pembaca.untuk terus kekal menjadi pembaca di blog laman ini dan membina hubungan yang lebih baik terhadap pembaca-pembaca blog yang setia bersama terutamanya pada laman ini yang tidaklah seberapa kalau dibandingkan dengan laman blog yang lain dimana lebih lama penubuhannya serta lebih profesional banyak yang perlu kita pelajari daripadanya,dari itu berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada sahabat-sahabat blogger yang tak henti-henti support pada laman Aril Impian ini,kepada yang lebih mengenali Aril Impian kerana penerimaan blog arilimpian.blogspot.com dalam dunia blogging.

Lebih mesra sahabat dan juga rakan-rakan blogger panggil saya dengan nama Aril pun lebih mudah dan ringkas betul tak.oklah Aril rasa berbangga menjadi seorang blogger malaysia dimana ianya tanah kelahiranku,"Aku Anak Malaysia".Aril berasal dari Klang Selangor belajar di SKSS Kapar Klang dan sekolah di Tengku Idris Shah Klang SMKTIS seterusnya melanjutkan pengajian di IKBN Malaysia Of Skill level two di Bachok Kelantan dan di Sg.Petani Kedah, seterusnya ke Politeknik Ungku Omar PUO Perak dan menyambung pelajaran ke Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam Selangor dalam masa yang sama saya juga berkhimat dalam ketenteraan Rejimen Askar Wataniah Batalion 3 selama 8 tahun di Kem Sabak Bernam Selangor.Hobi dan minat saya lebih kepada memancing dan melancong ke seluruh semenanjung malaysia dan juga pernah menggembara ke negara orang seperti Thailand dan Singapore.

Setelah lebih 2 tahun mengendalikan Blog Aril Impian memang tidak sangka dengan pencapaian yang ada sekarang.Kejayaan ini tidak datang sekelip mata dan tidak juga berlaku begitu sahaja. Bantuan berterusan dari Rakan-rakan blogger serta sahabat rapat memang tidak dapat dilupakan.Siapalah Aril Impian tanpa mereka ini.Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada semua Rakan Blogger yang terus bersama Blog Aril Impian berkongsi idea dan pendapat.


Semoga kehadiran blog Aril Impian di dunia blog ni menambah inspirasi pencetus generasi hadapan
Adalah menjadi cita-cita saya untuk menjadikan Blog Aril Impian sebagai sumber perkongsian,blogging dan perniagaan secara online kepada Rakan Blogger yang setia bersama Blog Aril Impian
Kepada yang ingin tukar link boleh tinggalkan nama dan link.Kepada yang belum jangan lupa klik LIKE Fanpage Facebook, Follow Twitter dan Subscribe Facebook.

Rakan-rakan serta sahabat boleh hubungi saya melalui Twitter dan Facebook.
Salam sukses.
Terima kasih.
Aril Impian Network
Baca SeterusnyaBiodata