nuh

Aril Impian

Fakta Pelik Tapi Benar

Club Pujangga | 04:01 |
1. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

2. Seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

3. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

4. Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

5. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kanmeninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.


6. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia. 

7. Kehadiran orang baru, anjing, atau kucing baru di sebuah rumah dapat menyebabkan seekor kucing stress.

8.Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

9. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang          hayatnya. 

10.Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica. 

11. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. 

12.Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

13.Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa        mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.


14. Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

15 Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang  jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

16. Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

17. Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.

18. Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu. 

19. Merpati dua sejoli adalah burung bayan yang kecil yang hidup berpasangan. Rupa jantan dan betina  adalah lebih kurang sama tetapi kebanyakan jantan mempunyai warna yang lebih terang dari betina.
20. Anai-anai Australia dikenali kerana boleh membina anak bukit setinggi dua puluh kaki dan lebarnya pula lebih kurang 100 kaki.

21. Gigi ketam terletak di dalam perutnya. 

22. Seekor cicak kecil boleh memanjat dinding yang tegak, melekat dengan badan terbalik atau melekap atas kaca yang di bergilap tanpa perlu menyedut, guna cairan melekit, kuasa elektrostatik atau geseran . Malah cicak menggunakan bulu di kakinya dan pergerakan "peeling" untuk membentuk "intermolecular bonds" dengan permukaan dimana ianya

23. Istilah ‘Black Panther’ selalu digunakan untuk mengaitkannya dengan kucing hitam yang besar - tetapi sebenarnya tiada spesis kucing liar yang khusus yang dipanggil "Black Panther". Oleh itu ianya berkemungkinan seekor "Leopard" atau pun "Jaguar" yang mempunyai kulit dan pigmen bulu yang hitam .

24. Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera. Tikus boleh melompat sehingga 12 inci. 

25. Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya. 

26.Tikus mondok ialah binatang kecil yang suka mengorek lubang terowong dalam tanah dan meninggalkan longgokan tanah di jejak mereka. Mereka boleh mengorek terowong tanah sedalam 300 kaki sehari.
Gigi beaver terlalu tajam dan puak orang asli Amerika pernah menggunakannya sebagai mata pisau . 

27. Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah. Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)

28. Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka mengajuk/meniru bunyi siulan dan kata-kata .

29. Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam. Semasa menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan seminit.Dengan cara ini oksigen digunakan lebih perlahan oleh itu ia boleh berada di dalam air lebih dari 30 minit

30. Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak mengeluarkan haba . Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan 10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba,

31. Hanya unta simpan kebanyakan lemaknya di dalam bonggol. Jika makanan , sukar dicari lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan mengecut, kadang-kadang jatuh dan mengendur ke tepi. Selepas beberapa minggu rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat menyimpan air seperti anggapan orangramai.

32. siput boleh tidur sehingga tiga tahun

33. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

34. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

35. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

36. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

37. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

38. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

39. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

40. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

41. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu.

42. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

43. Menahan berak lebih dari seminggu boleh menyebabkan lumpuh.
44. Di Malaysia,guli merupakan sejenis permainan tetapi di Tropico City ia merupakan senjata merbahaya.

45.Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaska dari senjata nuklear yang terdapat di bumi. 



46. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116  tahun atau lebih

47.Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan. 

48.Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter. 

49.Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. 

50. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. 

51. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. 

52. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

53. Jika dihimpunkan kesemua arang, minyak dan gas di seluruh planet bumi, ia hanya mampu untuk mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.

54. Porpoise, sejenis ikan paus yang bermuncung seperti ikan lumba-lumba, akan berenang dalam bulatan secara perlahan-lahan ketika sedang tidur.
Setiap bintang akan selesai mengelilingi galaksi Bima Sakti setiap 200 juta tahun sekali atau lebih.

55. Straw dipercayai dicipta oleh pembuat bir pada zaman Mesir purba bertujuan untuk merasa hasil bir ciptaan mereka tanpa mencecahkan bibir pada buih bir tersebut yang timbul di dalam bekasnya.

56. Perkataan 'cop' berasal daripada 'Constable on Patrol' yang sering digunakan oleh anggota polis di England.

57. Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498.

58. Terdapat kira-kira 15gram garam dalam setiap gelen air laut.

59. Pada tahun 1983, seorang artis Jepun, Tadahiko Ogawa telah membuat potret Mona Lisa yang kedua. Bukan dengan cat, tetapi menggunakan serbuk roti.

60. Pada tahun 1990, sekumpulan jurutera telah memecahkan batu terakhir di dalam terowong kereta api dasar laut yang dibina merentasi Selat Inggeris. Dengan siapnya terowong dari England ke Perancis itu, bermakna Britain dan tanah besar Eropah yang dahulunya bercantum (pada Zaman Ais) telah dapat disatukan semula.

61. Bukan saja ular, malah manusia juga 'bersalin kulit'. Seumur hidup, kita 'bersalin kulit' kira-kira 1,000 kali, iaitu apabila sel-sel kulit yang mati digantikan dengan yang baru.

62. Di hutan Irian Jaya, wujud satu puak asli berkulit putih dan bertubuh tinggi yang menggunakan burung kakak tua sebagai pemberi amaran kepada orang asing yang cuba menceroboh kawasan petempatan mereka.

63. Di Papua New Guinea pula, terdapat kampung-kampung yang jaraknya hanya 3 kilometer antara satu sama lain tetapi penduduknya menggunakan bahasa yang berlainan.

64. Di Pergunungan Andes, penduduk di kawasan itu biasanya mengukur masa dengan berapa lama sebatang rokok itu habis dihisap.

65.Di kawasan Artik, ada waktunya matahari kadangkala kelihatan berbentuk empat segi. 

66.Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing.

67. Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.

68.Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjarakan jika meniru di dalam peperiksaan akhir.

69. Pada zaman India dan China kuno dahulu, penduduk di bebrapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!

70. 'Y' adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.

71. Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebut 'Bicth' (perempuan jalang).

72. Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing.

73. Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.

78.Gerard Hommel sudah enam kali mendaki gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahaya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh dari tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.

79. Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.

80. Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

81. Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik.

82. Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.

83. Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.

84. Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukainya dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil 'telur matahari'.

85. Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.

86. Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

87. Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.


88. Setiap lipstik mengandung sisik ikan.

89. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan !

90. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

91. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

92. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

93. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

94. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

95. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

96. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

97. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

98. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 

99. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

100. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu .

Baca SeterusnyaFakta Pelik Tapi Benar