nuh

Aril Impian

Golf Lebih Ringan

Club Pujangga | 08:40 |
Golf Lebih Ringan 
Kenderaan Volkswagen generasi ketujuh ini tampil beberapa kelebihan
kereta import
BARU Volkswagen Golf generasi terbaru. 
KENDERAAN terkemuka jenama Jerman,Volkswagen memperkenalkan model terbaru Golf melalui generasi ketujuhnya dengan menawarkan beberapa kelebihan dan prestasi yang dipertingkatkan.

Golf Lebih Ringan 
Golf model terbaru itu hadir dengan berat lebih ringan sebanyak 99.8 kilogram selain masih mementingkan ciri keselamatan yang terbaik.

Ia juga dijanakan enjin yang terkenal dengan jimat minyak iaitu 1.4 TSI apabila menghamburkan 140 kuasa kuda (hp) selepas diperkenalkan pada peringkat global,baru-baru ini.

Model terbaru itu tampil dengan bentuk yang sedikit panjang k 0.056 meter dan lebih rendah serta lebar.

Selain itu,ia tampil dengan ruang dalaman yang lebih luas berbanding model lama sekaligus memberi keselesaan kepada penumpangnya.

Golf turut dipadankan dengan sistem hiburan yang ditingkatkan apabila menawarkan skrin sesentuh bersaiz lima inci dan pada varian tertinggi dilengkapkan dengan navigasi lapan inci.

Spesifikasi
VOLKSWAGEN GOLF
GENERASI KETUJUH

ENJIN :
Enjin 1.4 TSI
KUASA MAKSIMUM :
140 hp
CIRI-CIRI TERBARU :
Skrin sesentuh lima 
inci atau navigasi 
lapan inci



Baca SeterusnyaGolf Lebih Ringan