nuh

Aril Impian

Khasiat Bunga-bungaan

Club Pujangga | 04:29 |

MERAIKAN kasih sayang,tidak lengkap tanpa jambangan bunga indah sebagai hadiah buat insan tersayang.Rupa indah dengan bauan harum semerbak menjadikan bunga sebagai lambang cinta,tanda kasih yang segar mewangi.Namun,kekuatan bunga bukan hanya terletak pada keindahan rupa serta baunya,sebaliknya ia turut memiliki efek positif terhadap kesihatan manusia.

Sundal Malam
Rangsang Kreativiti


petua


BERASAL dari Mexico,bunga sundal malam atau sedap nalam mampu menimbulkan mood romantik dalam diri individu.Disebabkan itu,anak-anak gadis di india dan Perancis dilarang dari mencium harumanya di malam hari kerana dikhuatiri akan merangsang aktiviti seksual mereka.Manakala masyarakat Jepun menganggap bunga dengan keharuman menusuk jiwa ini sebagai lambang cinta.

      Bukan hanya itu,sundal malam turut menenangkan fikiran dan membuka chakra tubuh sehingga meningkatkan kekuatan fizikal seseorang.Selaian itu,ia memperkuatkan daya artistik dalam diri individu kerana kemampuanya merangsangkan sisi kanan otak yang berkait rapat dengan bahagian kreativiti.Ketenangan fikiran dan hati juga mampu dinikmati individu menerusi rangsangan tersebut.

Mawar
Rawat Batuk Berdarah 
amalan




TIDAK hanya memiliki rupa indah dan bau memikat jiwa,bunga mawar atau ros turut memiliki khasiat perubatan yang tiada taranya.Selamat dimakan begitu sahaja,minyak pati bunga mawar mengandungi geraniol dan limonena yang berfungsi sebagai anseptik,pembunuh kulat penyebab keputihan dan menambah daya ketahanan tubuh.

Sering digunakan dalam bentuk minuman untuk menyembuhkan penyakit berkaitan hati dan usus,bunga mawar kering yang direndam dengan secangkir air panas serta sedikit gula batu mampu merawat batuk berdarah jika diamalakan secara berterusan.

Amalan memakan kelopak bunga mawar sejak usia remaja membantu meremajakan kulit dan menjadikan wajah awet muda.Manakala air rebusan bunga mawar jingga bersama daun lidah buaya pula berupaya melancrkan haid wanita.
Baca SeterusnyaKhasiat Bunga-bungaan