nuh

Aril Impian

Marah Kunci Kejahatan

Club Pujangga | 04:02 |
Penawar dalam menangani dan menghadapi kemarahan ialah sabar
degil
SALING bermaafan merupakan antara sifat mukmin sejati yang dituntut dalam islam daripada terus memendam perasaan marah.
Sifat marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang.Orang yang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat-saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.Seseorang yang yang dapat mengawal kemarahan adalah orang yang kuat di sisi Allah.

Daripada Abdullah bin Umar ra,Rasulullah SAW bersabda:"Tiada hamba yang meneguk air,lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang menegukair menahan kemarahan kerana Allah."(riwayat Ibnu Majah)

Sementara itu,marah dapat didefinasikan sebagai berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain),perasaan panas hati,berang,gusar,murka yang datangnya daripada hati.Kemarahan akhirnya meresap dalam darah dan menguasai akal fikiran yang tidak terkawal.

Dalam hadis yang lain,daripada Abu Hurairah ra,Nabi SAW bersabda:Bukanlah orang gagagh itu,orang kuat bertinju.Akan tetapi orang yang gagagh adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hubungan kekeluargaan,marah juga boleh merenggangkan antar satu sama lain.Kita boleh marah jika sesuatu yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan islam.

Allah amat menyukai sifat lemah -lembut.Daripada Aisyah ra,Nnabi SAW Bbersabda: Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setipa perkara.(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitulah juga dalam hubungan persahabatan dan kejiranan.Sifat marah boleh merenggangkan seseorang dengan sahabat atau jiranyan.

Mengambil wuduk dan beristigfar dapat mengawal sifat marah.

Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya.Selain itu,memberi penawar hati yang marah dan gundah,sesungguhnya hati tunduk kepada Allah SWT.

Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram.Oleh itu,kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram,aman dan damai sepanjang masa.

Para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ulama dahulu memberikan berbagai-bagai ungkapan dan falsafah tentang bahaya dan buruknya sifat marah.

Artikel Terkait


Baca SeterusnyaMarah Kunci Kejahatan