nuh

Aril Impian

Memiliki Kemampuan Bersyukur

Club Pujangga | 22:52 |
Dari Abu Hurairah r.a katannya,
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta yang melimpah-limpah dan kecantikan,maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan."
(Riwayat Bukhari)



Huraian
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu menginkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"(Ibrahim:7)

Sesungguhnya setiap niimat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah:

1. Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelakan seseorang daripada menjadi angkih dan sombonh dengan nikmat yang ada padanya.

2.Selalu mengucapkan "alhamdulillah",memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.

3.Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah.

4.Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.
Baca SeterusnyaMemiliki Kemampuan Bersyukur