nuh

Aril Impian

Pasangan Hidup Yang Soleh

Club Pujangga | 23:28 |

Sebuah pasangan hidup yang akan melahirkan suasana rumah dan keluarga yang soleh.Di akhirat kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta melaksanakan apa yang ditanggungjawabkan dalam mengajak isteri dan anak-anaknya kepada dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T Berbahagialah menjadi seorang isteri yang memiliki suami yang soleh,suami yang soleh pasti akan bertungkus-lumus untuk mengajak isteri dan anak-anaknya menjadi muslim yang soleh.

Manakala seorang isteri yang solehah akan mempunyai sifat kasih sayang,kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suami dan anak-anaknya.Pasangan hidup yang soleh akan menciptakan suasana rumah yang teduh,damai dan memperolehi keluarga yang soleh.Memiliki keluarga yang indah dan mententeramkan adalah idaman setiap insan.Para penyelidik membuktikan,kesolehan (inner beauty) adalah 2/3 faktor penentu kebahagiaan dalam kehidupan,sedangkan kecantikan atau ketampanan dan kekayaan hanyalah 1/3 sahaja darinya.Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri yang solehah dan berbahagialah seorang isteri yang memiliki suami yang soleh.
Baca SeterusnyaPasangan Hidup Yang Soleh