nuh

Aril Impian

Penting Untuk Lelaki

Club Pujangga | 03:50 |
Muram galak lelaki ghairah?
Adakah benar lelaki lebih ghairah sewaktu ekonomi merundum?menurut kajian yang dijalankan di university of Kansas lelaki lebih suka menghabiskan masa di bilik tidur sewaktu mengalami kegawatan ekonomi.lelaki yang terlibat di dalam dalam kajian tersebut disuruh menggambarkan saat kematian dan kemudian ditunjukkan pula gambar yang seksi.pengkaji mendapati respons menunujukkan bahawa lelaki yang dalam keadaan muram memberi reaksi dan degupan jantung lebih cepat apabila disuakan dengan objek seksi atau perempuan.


Mengantuk tanda masalah jantung?
Anda selalu menggantuk? Menurut pengkaji Norwegian,jika anda mengantuk dan sukar tidur,anda mungkin berisiko penyakit jantung.kajian tersebut telah dijalankan selama 11 tahun ke atas 53.000 lelaki dan wanita.individu yang menghadapi kesukaran tidur berhadapan dengan 45 peratus peningkatan risiko serangan jantung berbanding orang yang tidak mengalami masalah.bukan sahaja penghidap insomnia sahaja yang berisiko malah sesiapa yang kurang tidur lebih dari satu kali dalam seminggu juaga berdepan dengan risiko penyakit berkaitan jantung


Urat kaki kembang juga serang lelaki muda?
Menurut satu kajian oleh pengkaji Britain,56 peratus lelaki menghadapi masalah urat kembang atau vericosevein.masalah seperti varicose vein bukan sahaja soal menjejaskan rupa kaki ia juga menyebabkab perubahan warna,pendarahan,barah kulit dan kaki rasa berat yang boleh menjejaskan aktiviti haarian.


Lelaki 50-an terdedah kanser kolorektal?
Kanser kolorektel biasanya bermula dengan ketumbuhan kecil yang dipanggil polyps yanh kemudiannya akan menjadi besar dan membentuk kanser yang mengambil masa bertahun-tahun.menurut kajian,24,000 lelaki mati akibat kanser kolorektal pada tahun 2008 dan merupakan kanser yang menyebabkan kematian ketiga tertinggi selepas kanser paru-paru dan prostat.kajian juga mendapati ,lelaki berusia 40 tahun ke bawah tidak berisiko mendapat kanser kolorektal kerana 90 peratus kes menunjukkan ia terjadi kepada lelaki berusia lebih 50 tahun
Baca SeterusnyaPenting Untuk Lelaki