nuh

Aril Impian

Perodua Terus Unggul

Club Pujangga | 05:12 |
Kuasai 31% pasaran dengan jualan 93,000 kenderaan bagi 6 bulan pertama tahun ini


viva

PERUSAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meneruskan kecemerlangan prestasi juakan apabila menguasai pasaran 31 peratus daripada anggaran jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 303.100 bagi enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Urusannya.Datuk Aminar Rashid Salleh berkata sepanjang tempoh itu Perodua mencatat jualan kenderaan 93,000 unit meningkat 17 peratus berbanding 80,000 unit tahun lalu.

"Bagaimanapun,angka 2011 bukan ukuran sebenar kerana industri automotif waktu itu menerima kesan kekurangan alat ganti dari Jepun berikutan bencana yang menimpa negara itu pada suku pertama tahun lalu.

"Jika dibandingkan enam bulan pertama 2010 pula,jualan merosot dua peratus berikutan garis panduan baru yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia pada Januari tahun ini," katanya pada sidang media selepas semakan semula prestasi separuh pertama syrikat di kuala lumpur,semalam.

Beliau berkata,untuk enam bulan kedua tahun ini,pihaknya mengunjurkan 95,100 unit jualan kenderaan,seterusnya menjadikan jumlah jualan keseluruhan 188,023 unit untuk tahun ini.

"Bagi separuh kedua tahun ini,kami jangkakan agak mencabar berikutan perlaksanaan garis panduan baru mengenai pinjaman bertanggungjawab,bersama dengan beberapa pelancran baru di pasaran.Bagaimanapun,ketika ini kami sudah menyuesuaikan diri dengan garis panduan itu.

"Meskipun bukan pada tahap yang kami mahukan dalam segi tempoh pemprosesan,kami boleh nampak perubahan."katanya.

Menurutnya,angka tambahan kenderaannya ketika ini agak tinggi terutamanya dengan musum perayaan tidak lama lagi.

Perodua Terus Unggul
Baca SeterusnyaPerodua Terus Unggul