nuh

Aril Impian

Proton Preve Exora Masuk UK

Club Pujangga | 04:06 |


shah alamtanjung malim
PROTON Exora dan Preve tembusi pasaran UK tahun depan.


  • Kemunculan semula kukuhkan kedudukan PROTON di pasaran antarabangsa
Proton Holdings Bhd akan melalukan kemunculan semula secara besar-besaran di pasaran United Kingdom (UK) tahun depan menerusi pelancaran Preve dan Exora di negara itu.

Pengeluar kereta masional itu kini sedang giat mempersiapkan kedua-dua model berkenaan bagi menepati peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan pihak berkuasa UK serta menepati cita rasa pembeli di negara itu.

Timbalan Ketua Eksekutifnya,Datuk Lukman Inbrahim berkata pasaran UK sangat penting dalam mengukuhkan kehadiran PROTON di arena antarabangsa

Tawar peluang besar
Pasaran berkenaan,katanya,menawarkan peluang besar kepada pengeluar kereta nasional iyu untuk terus berkembang kukuh pada masa depan.

"Kami mempunyai rekod permulaan yang baik di pasaran UK.Bagamanapun,perubahan secara berterusan dalam peraturan dan spesifikasi terhadap kenderaan yang dijual di UK,memberi cabaran besar untuk bertindak balas dengan perubahan berkenann,:katanya ketika ditemui di Exspo Motor Antarabangsa Thailand 2012,di Bangkok baru-baru ini.

"Kini,kami sedang berusaha menepati peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan untuk membuat kemunculan semula di pasaran UK pada separuh kedua tahun depan"katanya.

Lukman berkata PROTON mempunyai kehadiran yang besar di UK menerusi dua anak syarikat iaitu PROTON Cars (UK) Ltd dan Group Lotus plc.

Perkukuh kehadiran di UK

Beliau berkata,pihaknya juga kini sedang mengkaji untuk menggunakan sepenuhnya sinergi kedua-dua syarikat berkenaan untuk mengembangkan lagi produknya di pasaran berkenaan..

"Kami akan mengukuhkan lagi kehadiran kami di UK dengan gabungan sinergi antar PROTON dan LOTUS .Kami kini sedang mengkaji strategi yang terbaik untuk meraih manfaat daripada sinergi kedua-dua entiti,"jelasnya.

Lukman berkata,sebagai persendirian,PROTON Holdings sudah memperkenalkan model Preve dan Exora di Australia pada Oktober lalu.

Beliau berkata,pasaran Australia menjadi penanda aras kepada pengeluar kenderaan nasional itu untuk menghasilkan model kereta yang menepati piawaian antarabangsa.

Australia pasaran maju

Katanya Australia adalah pasaran maju dan dengan menembusi pasaran negara itu dapat membantu kumpulan itu dalam menepati peraturan yang ketat di pasaran yang sangat dikawal selia itu.

"Jika mahu berjaya pada masa depan,ia mestilah mampu untuk menghasilkan produk global dengan spesifikasi global.Ia juga mesti memenuhi keperluan dan peraturan global supaya dapat menawarkan produk dan perkhidmatan yang setaraf."katanya.

Selain pasaran UK,Lukman berkata PROTON juga meninjau untuk memantapkan kehadiranya di negara lain seperti pasaran Asia Barat dan Indonesia.

Baca SeterusnyaProton Preve Exora Masuk UK