nuh

Aril Impian

Simpan Data Dalam Poket

Club Pujangga | 09:14 |
pocket

KETIKA sedang melayari internet,kita kadang-kadang menjumpai material seperti bahan bacaan,video laman web yang menarik tetapi disebabkan kesuntukan masa,kita terpaksa melupakannya seketika dan memberi fokus kepada kerja yang sedang dilalukan.Paling tidak pun,tanda 'bookmart' akan diletakkan pada alamat laman web terbabit bagi memudahkan anda kembali semula kepada ruangan itu apabila mempunyai masa lapang.

Namun,untuk sesetengah laman web,pengguna perlu mempunyai sambungan internet untuk membuka semula 'bookmart' yang ingin dibaca atau sitonton dan ini memang menyukarkan terutama ketika berada di luar kawasan.

Justeru kehadiran aplikasi yang dikenali sebagai Pocket ini dibangunkan sebagai platforn memudahkan pengguna menyimpan apa juga material daripada internet untuk dibuka pada bila-bila masa walaupun berada di luar talian.

Lebih menarik,ia turut boleh di integrasi,tablet dan komputer peribadi secara serentak.Dengan cara itu,pengguna boleh membuka atau menikmati bahan kegemaran mereka ketika masa rehat,sedang menunggu seseorang atau sewaktu dalam perjalanan menaiki bas mahu pun pesawat.
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma daripada platform play store didedikasi khusus untuk pengguna peranti yang disokong sistem operasi Android.

Selepas memuat turun,pengguna perlu mendaftarkan nama dan kata laluan untuk memudahkan akses daripada mana-mana peranti.

Cara menyimpannya juga mudah di mana pengguna hanya perlu memilih arahan 'Add to Pocket' pada sebuah laman web dalam talian.

Baca SeterusnyaSimpan Data Dalam Poket