nuh

Aril Impian

Tablet berplatform Windows 8

Club Pujangga | 03:04 |
Tablet berplatform Windows 8
Rangkaian gajet pelbagai jenama memanfaatkan sistem operasi terkini

DALAM dunia teknologi masa kini,penggunaan serta penciptaan gajet pintar semakin berkembang pesat serta bersaing di pasaran.Sebut sahaja apa jua jenama,pasti semuanya memiliki pelbagai kelebihan ditawarkan buat pengguna.Namun,tidak semua gajet seperti tablet memiliki platform yang benar-bernar bersesuaian dengan kehendak serta keperluan pengguna masa kini.Terbaru,Windows menawarkan platform Windows 8 kepada gajet-gajet terkemuka,antaranya adalah seperti Acer Iconia W510.


komputer

Acer Iconia W510

Acer Iconia W510 datang bersama rekaan hibrit yang menggabungkan kelebihan mudah alih sebuah tablet yang memiliki prestasi tinggi persis sebuah komputer riba.Selain itu,Acer Iconia W510 juga turut dilengkapi bersama kebolehan skrin sesentuh dan penggunaan papan kekunci sambungan untuk dijadikan stesen kerja mini.Hanya seberat 2.78 paun (1bs),Acer Iconia W510 dijana oleh pemproses Next Generation Intel® Atom™ Z2760,dilengkapi bersama skrin sesentuh seluas 10.1 inci serta memiliki ketebalan hanya 8.9 milimeter (mm).Bagi unit keluasan unit penyimpanan,Acer Iconia W510 menawarkan dua tahap iaitu 32GB atau 64GB.


samsung

SAMSUNG Smart PC

Bagi tablet Samsung Smart PC atau Series 5 Slate,gajet tersebut disasarkan kepada pengguna biasa dan juga usahawan.Direka khas untuk menyokong teknologi Windows 8,Samsung Smart PC mempertaruhkan pemproses Intel® Atom™ Quad Core,Z2760 bersama unit penyimpanan sebanyak 64GB.Tablet itu juga memiliki skrin paparan seluas 11.6 inci yang ringkas namun tetap bergaya.Ringan,bergaya serta mudah dibawa ke mana-mana,SAMSUNG Snart PC hanya seberat 1.65 1bs dan tersedia dalam warna menarik iaitu biru mistik (mystic blue color). 

laptop

HP ENVY x2.

GAJET tersebut dijana oleh pemproses Intel® Atom Z2760 dan merupakan tablet ultra ringan dengan kelebihan yang terdapat pada komputer riba.Rekaan kemasan akhir daripada aluminium menyerlahkan lagi keanggunan tablet tersebut.Kelebihan lain The HP ENVY x2 adalah paparan skrin HD sesentuhnya seluas 11.6 inci,kamera web HD di hadapan dan 8 megapiksel di bahagian belakang.The HP ENVY x2 juga memiliki sistem audio daripada Beast Audio yang menawarkan kesan bunyi yang menyeluruh.






  
Baca SeterusnyaTablet berplatform Windows 8