nuh

Aril Impian

Telefon Pintar Termurah

Club Pujangga | 08:11 |
nokia LG

Nokia , Telefon Pintar Termurah merupakan jenama tidak asing dalam kalangan pengguna telefon bimbit di negara ini.

Namun popularitinya yang kian tenggelama dengan jenama pesaing seperti Samsung dari iPhone membuatkan ia semakin tidak mendapat tempat di negara ini.

Sejak akhir-akhir ini,Nokia nerusaha mengeluarkan beberapa siri telefon pintar seperti Lumia bagi menyaingi jenama-jenama lain di pasaran.

Terbaru,Nokia telah melancarkan telefon Nokia Asha bagi memberi laluan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki telefon pintar.

Dalam ruangan kali ini,.com akan memberi penjelasan mengenai salah satu model Nokia Asha iaitu Asha 311 yang mempunyai papapran skrin sentuh sebesar tiga inci.

Bagi mereka yang lasak,skrin tersebut dicipta agar tahan calar dan memberi tindak balas kepada pengguna dengan lancar dan mudah.

Denagan kuasa pemprosesan  1 Ghz dan fungsi pengecilan data menjadikan telefon ini lebih pantas dalam memberi respon kepada aplikasi yang telah dimuat naik.

Bukan itu sahaja,fungsi telefon pintar ini amat sesuai bagi penggemar laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk mereka saling berhubung di antar satu sama lain.

Selain itu,aplikasi mengakses dan membalas emel serta pesanan ringkas (IM) juga dapat dilakukan dengan mudah telefon pintar ini.

Berbekalkan kamera 3.2 megapiksel,sudah memadai bagi mereka untuk mengambil gambar dan terus memuat naik ke dalam laman sosial kegemaran mereka atau disimpan sebagai kenangan.

Pelbagai apliksai kini telah dibangunkan oleh pihak Nokia dalam memberi banyak pilihan dan kemudahan kepada pengguna telefon pintarnya.

Kepada pengguna yang mendapatkan telefon Asha 311 ini,mereka berpeluang membuat turun permainan daripada EA Sport secara percuma.

Dengan harga di bawah RM400,sesiapa sahaja dapat menggunakan telefon pintar ini di mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.

Harga itu boleh dikatakan sangat berpatutan untuk dibandingkan dengan harga telefon bimbit pintar lain dengan fungsi yang serba canggih.

Jadi,apa tunggu lagi.Bagi remaja yang ingin mendapatkan telefon ini,bolehlah menuggu rebat RM200 daripada kerajaan untuk membeli telefon pintar pada tahun hadapan.

Telefon Pintar Termurah
Baca SeterusnyaTelefon Pintar Termurah