nuh

Aril Impian

Tips Membeli Kereta Terpakai

Club Pujangga | 00:22 |

Tips Membeli Kereta Terpakai Perkara yang paling utamakan semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan penglihatan ketika memeriksa kenderaan itu dalam keadaan yang terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.
rosak

TIPS PEMERIKSAAN LUARAN
  • Sila periksa pemegang pintu
  • Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
  • Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
  • Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
  • Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
  • Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

repair

TIPS PEMERIKSAAN ENJIN
  • Pastikan keadaan enjin mestilah bersih .
  • Pastikan enjin tidak diubahsuai
  • Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
  • Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
  • Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik

modified

TIPS PEMERIKSAAN DALAMAN KERETA
  • Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
  • Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
  • Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
  • Pastikan lantai tidak berkarat
  • Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
  • Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
  • Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
  • Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
  • Pastikan tali pinggang boleh dipakai
  • Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik

CUBA ANDA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
  • Cuba hidupkan ‘switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
  • Pastikan meter suhu bergerak
  • Pastikan lampu minyak enjin menyala
  • Pastikan lampu bateri menyala

UJI ENJIN ANDA DENGAN MENDHIDUPKANNYA
  • Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
  • Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
  • Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
  • Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
  • Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
  • Tiada masalah semasa penukaran gear
  • Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?
  • Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension.
  • Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil.

TIPS PEMERIKSAAN TERAKHIR
  • Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta
Sumber Artikel : http://www.gempak.org
Baca SeterusnyaTips Membeli Kereta Terpakai