nuh

Aril Impian

Twitter tambah ciri perkongsian gambar

Club Pujangga | 04:11 |

akaun baru
SAN FRANCISCO 11 Dis.Twitter semalam menambah ciri perkongsian gambar melalui telefon pintar selepas Instagram milik laman web sosial Facebook menghalang imejnya diugunakan di laman mikroblog tersebut.

Twitter menyatakan,pengguna kini boleh menyunting dan memperbaiki gambar di laman web mikroblog itu bermula semalam.

"Setiap hari,berjuta-juta orang menggunakan Twitter untuk memuat naik apa yang penting kepada mereka selain ingin mengetahui apa yang berlaku di seluruh dunia.

"Gambar juga memainkan peranan penting dalam pengalaman mengguanakan laman web ini'"jelas Twitter.

Twitter memberitahu,rakan kongsinya,Aviary akan melaksanakan penapisan dan beberapa kesan imej lain untuk pengguna aplikasi telefon pintar iPhone keluaran Google.

Pertelagahan media sosial antara Twitter dan Instagram meningkat hujung lalu selepas laman web milik Facebook itu menghalang imejnya digunakan  di laman web mikroblog berkenaan.

Instagram yang mempunyai kira-kiara 100 juta pengguan,mahu orang ramai menggunakan laman web sosialnya,Facebook berbanding pesaingnya - AFP

Sumber Artikel : www.utusan.com

Baca SeterusnyaTwitter tambah ciri perkongsian gambar