nuh

Aril Impian

Tempat berhantu tarik pengunjung

Club Pujangga | 22:37 |


percutian
Pemandangan dari udara Pulau Battleship di Jepun yang dibiarkan menjadi 'penempatan berhantu' selepas industri lombong arang batu di bawah pulau itu berhampiran Pelabuhan Nagasaki dihentikan. 
- AGENSI
KAWASAN penempatan, mahupun kemudahan yang terbiar tanpa digunakan untuk tempoh yang agak lama, layak digelar sebagai tempat 'berhantu' kerana ia menimbulkan perasaan takut kepada mereka yang melihatnya atau bersiar-siar di situ.
Hal ini kerana, pada masa dahulu, kawasan dan kemudahan ini adalah merupakan lokasi strategik bagi orang ramai, bukan sahaja untuk mencari rezeki, malah untuk bersosial dan berhubung.
Di beberapa kawasan di dunia ketika ini, masih terdapat kapal terbang, kereta api, rumah-rumah dan juga lapangan terbang serta lombong yang kesemuanya terbiar sejak berdekad lalu.
Fenomena ini agak pelik kerana ada antara bangunan dan kemudahan itu sebenarnya masih elok dan mampu menjana ekonomi setempat.

Namun, ia kekal berdiri sebagai monumen, rentetan kepada keadaan ekonomi yang berubah, pergolakan politik, peperangan dan bencana alam buatan manusia tetapi terbiar begitu saja.
Kita mungkin masih ingat akan bencana nuklear Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Ia mengakibatkan kira-kira 50,000 penduduk dari bandar Pripyat yang terletak tiga kilometer dari lokasi kejadian itu terpaksa dipindahkan.

Kini selepas 27 tahun tragedi tersebut, bandar itu yang diisytihar sebagai zon tercemar dibiarkan tanpa sebarang penghuni dan menjadi 'bandar berhantu'.
Bagaimanapun, ia mula menjadi destinasi pelancongan popular kembali, kerana tinggalannya seperti kompleks dan penempatan loji nuklear, Istana Kebudayaan dan tapak pesta dengan roda berpusing masih tersergam sehingga sekarang dan menarik kunjungan orang ramai.
Selain di Ukraine, bandar Kolmanskop di Namibia, selatan Afrika turut menerima nasib serupa menjadi bandar perlombongan berhantu selepas ditinggalkan sejak 1950-an.

Ia menjadi sepi selepas Perang Dunia Kedua dan kejatuhan harga berlian menyaksikan syarikat lombong di situ menutup operasinya dan berpindah ke wilayah Oranjemund.
Keadaan itu mengakibatkan rumah pekerja lombong yang terbiar mula dimasuki pasir dari gurun dan ia kini dimasukkan ke dalam Taman Negara Sperrgebiet di Namibia.
Hal serupa turut berlaku di bandar Varosha yang merupakan destinasi popular pelancongan pantai yang terletak di utara Cyprus.

Pencerobohan Turki pada 1974, bagaimanapun menyaksikan bangunan-bangunan hotel tersergam indah di situ terbiar sepi dan ia kini dipagar bagi mengelak dimasuki penceroboh.
Turut menerima kesan serupa akibat pencerobohan Turki itu adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia.

Ia pada mulanya merupakan lapangan terbang utama bagi negara kepulauan itu, namun sejak insiden berkenaan, beberapa pesawat, malah ruang utama kemudahan tersebut dibiarkan begitu sahaja sehingga kini dan ia menjadi kawasan yang sunyi.
Di Amerika Syarikat (AS), bangunan terbiar yang paling popular dan ditinggalkan begitu sahaja adalah Stesen Sentral Michigan di Detroit yang merupakan hab industri keluli dan automotif negara itu.
Selama beberapa tahun, stesen itu yang menempatkan depot kereta api di pinggir bandar Detroit terus berdiri gah sebagai simbol yang menghantui kejatuhan bandar tersebut.
Kereta api terakhir yang menggunakan stesen itu ialah pada 1988, tidak lama selepas Honda Accord muncul sebagai kereta terlaris di Amerika.

Seiring dengan tema industri, kewujudan kubur besar kereta api di daerah Uyuni, selatan La Paz dekat Bolivia dan di Thessaloniki, di Greece menjadikan kawasan itu turut muncul sebagai sebuah lokasi yang agak pelik dan menakutkan.

Kepulauan Battleship di Jepun, turut menjadi mangsa 'penempatan berhantu' setelah industri lombong arang batu di bawah pulau itu berhampiran Pelabuhan Nagasaki dihentikan.
Hal ini kerana, kompleks kediaman yang didiami pekerja dan keluarga mereka terus dibiarkan kosong selepas ia ditutup.

Selain kawasan penempatan terbiar di Jepun, taman tema Nara Dreamland juga menjadi taman hiburan 'berhantu' selepas ia tidak terusik sejak ditutup pada 2006, berikutan kekurangan pengunjung, walaupun telah beroperasi sejak 1961.

Sementara itu di Britain, kubu Maunsell Forts yang terletak di muara Sungai Thames turut tidak terkecuali menjadi kawasan yang menakutkan di negara itu.
Kubu itu, yang dibina semasa Perang Dunia Kedua bagi mempertahankan Britain ditutup sekitar 1950-an, namun digunakan untuk pelbagai aktiviti lain selepas itu.
Namun, sebuah konsortium kini bercadang untuk memelihara semula kubu itu di bawah Projek Redsands.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Baca SeterusnyaTempat berhantu tarik pengunjung

Anugerah diraja

Club Pujangga | 22:47 |


sultan


BARU-baru ini, Universiti Limkokwing menganugerah Ijazah Doktor Kehormat Universiti Limkokwing kepada Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Meriam Sultan Ahmad Shah di atas sumbangan besar beliau dalam kerja-kerja kemasyarakatan.


Pengurniaan anugerah itu atas di atas sumbangan dan komitmen beliau dalam pembangunan kanak-kanak seperti yang dilaksanakan di Institut Tengku Ampuan Afzan (Intaz) dimana baginda berperanan menguruskan institut tersebut.


Pihak universiti menggambarkan baginda sebagai pencetus inspirasi kepada rakyat Malaysia dan menyanjungi usaha baginda dalam melaksanakan tanggungjawab yang dianggap amat mendalam dalam menyediakan kebajikan yang sempurna untuk kanak-kanak tanpa sempadan.


Ini terbukti dengan bermulanya usaha beliau pada tahun 1995, beliau mengubah suai kediaman di Kuantan, Pahang bagi mengerakkan operasi Intaz dengan matlamat menyediakan tempat kediaman yang selesa kepada kanak-kanak malang.


Sumbangan itu tidak hanya kepada menyediakan kemudahan dan sokongan, malah beliau sentiasa mengutamakan hal-hal kebajikan dan berusaha mencari alternatif lebih berkesan bagi membantu golongan kanak-kanak dan ibu bapa yang memerlukan bantuan.


Beliau berminat dalam bidang pembangunan sahsiah cemerlang kanak-kanak dan mempelajari in-utero development dimana program itu menekankan aspek pengaruh kepada perkembangan kanak-kanak bermula ketika sebelum kelahiran.


Bagi menghadapi cabaran kepada usaha itu, beliau mempelajari isu budaya kanak-kanak global, bekerjasama dengan pakar tempatan dan seorang pakar Amerika Syarikat yang diperkenalkan kepada Intaz.
Hasil usaha itu amat menggalakan dan memberi reaksi positif di mana kanak-kanak yang dikenal pasti bermasalah menunjukkan tindak balas kepada rawatan yang disediakan di Intaz.


Dua kanak-kanak yang hilang upaya berjalan sudah mula menunjukkan reaksi positif. malah kanak-kanak yang menderita sindrom down juga sudah mampu membaca dan menulis pada usia empat tahun.
Kini, beliau berhasrat meluaskan program Intaz dan berkongsi programnya itu dengan negeri lain.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Baca SeterusnyaAnugerah diraja

Denaihati

Club Pujangga | 00:59 |
Seminar Buat Duit Dengan Blog Anjuran Denaihati Network-Akademi Denaihati

blog tutorial

Seminar Buat Duit dengan Blog
  • Tarikh : 19/5/2013
  • Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
  • Masa : 8.30 am – 1.30 pm
  • Seminar akan menggunakan Bahasa Melayu
  • Yuran penyertaan RM50 sehingga 11/5/2013. Selepas tarikh 11/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.
Siapa yang boleh menyertai seminar ini?? Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
  1. Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
  2. Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
  3. Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
  4. Penganggur sangat-sangat diwajibkan
  5. Blogger ensem dan cantik
  6. Aktivis Sosial Media
  7. Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
  8. dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online
BERMINAT??? Tempat terhad hanya untuk 300 peserta pertama. Untuk mendaftar sila klik SINI.
Baca SeterusnyaDenaihati

Malaysiaku

Club Pujangga | 22:26 |
merdeka

KETERANGAN LAMBANG-LAMBANG PADA BENDERA MALAYSIA 

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar, 
tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, 
Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, 
Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. 
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas 
jalur merah yang kelima melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia.
 Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya
 Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. 
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang 
Maha Mulia Raja-Raja Melayu

LAMBANG MALAYSIA

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. 
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
Bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri hanya boleh dikibarkan pada upacara-upacara rasmi seperti keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Ulang Tahun Hari Kemerdekaan, perayaan-perayaan Persekutuan dan Negeri-negeri, lawatan-lawatan rasmi, di kedutaan-kedutaan Malaysia luar negeri serta upacara-upacara rasmi negara (seperti Majlis Tilawah, SukanNegara). Malah bendera Malaysia berkibar bersama-sama dengan bendera negara-negara lain di hadapan bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. 
Bendera Malaysia juga telah berkibar dengan megahnya di puncak Gunung Kala Pattar setinggi 5,856 m di Banjaran Himalaya pada tepat jam 1.00 tengah hari pada 11 Januari, 1984 lalu, apabila serombongan 12 orang rakyat negara Malaysia berjaya mendaki puncak gunung tersebut dalam satu ekspedisi bersejarah. 
Pada 25 Ogos 1985, Syarikat Singer telah mengadakan Promosi Bendera Gergasi Hari Kemerdekaan Malaysia di Kuala Lumpur Plaza. Bendera tersebut berukuran 32.5 m x 16.4 m. Usaha tersebut menunjukkan kerjasama dan interaksi rakyat Malaysia dari berbagai kaum. Begitu juga bendera terbesar Malaysia yang telah dinaikkan di Bangunan Angkasapuri berukuran 97.5 m x 24.3 untuk menyambut Hari Kebangsaan 1988.
Upacara menaikkan bendera adalah acara kemuncak Semarak pada 21 Ogos1988 di Melaka. Sejajar dengan kempen Setia dan Semarak, Pameran Bulan Bendera telah diadakan di Pasar Budaya. Begitu juga dengan kempen Kibarkan Bendera (Jalur Gemilang) dan kempen Cinta Negara adalah usaha yang dilaksanakan untuk memupukkan semangat cinta dan setia kepada negara. 
Bendera Malaysia dan bendera negeri-negeri Malaysia yang mempunyai lambang tersendiri pada keseluruhannya adalah berpegang kepada konsep Rukunegara iaitu: 

""Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan Dan Kesusilaan""


Sumber Artikel : Project2307


Baca SeterusnyaMalaysiaku