nuh

Aril Impian

Zoo tawar urutan ular sawa Burma secara percuma

Club Pujangga | 23:06 |

CEBU - FILIPINA. Sebuah zoo di Filipina menawarkan urutan badan secara percuma kepada pengunjungnya, lapor portal Daily Mail.Meskipun percuma, pengunjung yang mahu menikmatinya perlu mempunyai keberanian tinggi untuk mencubanya kerana mereka akan 'diurut' oleh empat ekor ular sawa Burma yang sangat besar.Ular sawa yang diberi nama Michelle, Walter, EJ dan Daniel akan dibawa keluar dari sangkar dan diletakkan atas badan seorang pengunjung yang berbaring di pondok buluh berdekatan pintu masuk zoo untuk satu-satu masa.Sesi selama 15 minit itu akandiperhatikan penjaga zoo.Namun aktiviti ini bukan untuk orang yang menghidapi lemah jantung kerana ular sawa sepanjang 5 meter itu boleh membelit mangsa sehingga mati.Malah tiada jalan keluar apabila sesi 'rawatan' itu sudah bermula.

Baca SeterusnyaZoo tawar urutan ular sawa Burma secara percuma

Jadual Piala Dunia 2014 - World Cup 2014 Brazil

Club Pujangga | 02:06 |
jadual piala dunia 2014

Baca SeterusnyaJadual Piala Dunia 2014 - World Cup 2014 Brazil

Bagaimana Nak Buang Ketagihan Facebook Yang Teruk

Club Pujangga | 06:39 |
Ni aku nak cerita…

Aku dah berjaya log off diri aku 80% dari facebook. Lagi 20% tu sebab aku masuk Fb untuk update page perniagaan aku. Bukan ada sebab-sebab lain pun, tapi aku rasa macam terganggu pulak baca status yang macam-macam. Semua orang sibuk nak luahkan perasaan dan pendapat di facebook. Dan yang paling aku malas nak kena follow dan like mana-mana post yang agak-agak aku suka. Aisshhh… buang karan betul lah. Kerja ke mana, aku ke mana sudahnya.

kaki chating


Teringat pulak pesanan kawan aku dari US, katanya “you can have a facebook, but don’t let it control your life. And please, don’t you ever upload my photos on FB. I don’t even put my photos on my personal FB”. Ye lah mamat, gambo hang aku peram je buat pekasam.
Kalau ko jadi pekasam mesti ko extra masam sebab aku rasa ko jarang mandi…mweheheheh…Lagipun bila aku fikir-fikir balik betul juga cakap mamat ni. Sebab dia sendiri ada bagi ‘hint’ kat aku.
Sebab-sebab lain – banyak status yang biasa aku follow adalah perniagaan, keagamaan, dan ada juga pasal daily update yang biasa-biasa je. Tapi sampai satu ketika aku rasa ini bukan sesuatu yang sihat untuk pemikiran dan diri aku. Sebagai contoh katalah aku tengah drive, lepas tu berhenti kat traffic light sebab lampu merah. Dan-dan tu jugak aku terus capai handphone aku dan masuk FB. Tak ke sewel namanya tu (bagi aku lah…). Dah tu kalau lampu dah hijau dan aku belum lagi habis baca status yang agak panjang, boleh pulak aku sempat lagi scan laju-laju sambil drive (gilleee… dan membahayakan nyawa…).
Untuk tips perniagaan pula, memang ada yang bagus-bagus. Ada jugak yang suam-suam kuku je sekadar konon nak up kan diri terutama update yang general dan lebih kepada (bagi aku…) sekadar nak buat self marketing dan tarik perhatian orang lain. Di satu sudut yang lain, ada pulak yang tak reti berahsia. Segala hal perniagaan dia nak update, termasuklah hal huru hara dalam syarikat dia. Semua dia nak cerita dalam status FB dia. Yang ni bagi aku lagi lah  “………..”  (mula lah aku fikir dia ni tak tau istilah P&C ke…?).

Tapi yang paling aku terkesan ialah masa dekat-dekat PRU13 hari tu dan dalam beberapa minggu selepas PRU. Segala macam status dan cerita keluar dalam FB termasuk cerita-cerita yang bohong dan tak benar. Masa ni memang aku rasa sakit kepala jugak terutama bila baca status dan post dari mereka yang bagi aku ada pengaruh. Ohhh… memang sangat mudah untuk mempengaruhi orang lain jika anda ada pengaruh dalam FB walaupun apa yang anda share adalah sesuatu yang 1000% palsu.
Aku tengok dan baca dengan mata kepala aku sendiri bagaimana seorang yang berstatus multi millionaire upload berita palsu pasal ‘sesuatu’. Dan yang baca tu siap bagi komen mempercayai 4000% status tersebut padahal perkara yang sebenar memang dah sah adalah sebaliknya. Disini aku dah nampak macam ada yang tak kena. Dah tu mula lah hati aku tawar nak follow status ‘multi-millionaire’ tu lagi sebab aku dah tau dalam banyak-banyak tips dia bagi ada juga dia masukkan unsur-unsur yang tak baik.
Bila aku duduk fikir kejap, aku decide aku mesti cari sebab untuk tinggalkan hobi aku yang satu ni. Teringat masa aku masuk kelas NS-NLP dulu, cikgu aku ada cakap – Sometimes, in order to move forward, we must first “unlearn” some “habits and beliefs” and replace with new ones. Bab unlearn tu paling susah sebab ianya melibatkan sesuatu yang dah lama aku buat dan amalkan dan aku mesti belajar untuk buang dan tinggalkannya. Tapi inilah realiti hidup. Ada masa kita mesti buat sesuatu bila kita tahu ‘sesuatu itu’ tak bagus untuk arah tuju hidup kita.
Bagaimana aku berjaya log off diri aku dan bebas dari ketagihan facebook ni..?
1. Aku percaya aku MESTI boleh buat sebab ianya memang tak bagus untuk aku.
2. Aku cari lagi sebab-sebab lain kenapa aku mesti buang tabiat aku yang satu ni.
3. Cari kerja atau aktiviti lain yang boleh aku buat untuk gantikan tabiat lama aku tu. Salah satunya dengan menulis di blog ni lah.
4. Aku tak perlu fikir nak like-like status orang lain. Dan aku limitkan diri aku – tiap kali masuk FB berapa minit je aku boleh spend kat situ. Dan ikut betul-betul limit tu.
5. Tak payah update status sendiri. Kalu nak update jugak, lepas update je blah dari FB. Dan jangan sekali-kali tengok atau intai-intai berapa orang yang LIKE status yang aku update tu. Kalau ada yang komen, aku akan jawab hari esoknya, bukan di hari yang sama (dulu masa kritikal, aku mesti nak jawab masa tu jugak).
6. Bila melibatkan update di page perniagaan, aku tulis dulu artikel atau tips di blog. Lepas tu baru masuk FB dan letak link di page.
7.  Ada group-group yang aku join tu adalah group-group yang bagi tips yang bagus. Jadi untuk group-group macam ni aku akan masuk sekali seminggu dan baca. Tu pun aku limitkan masa aku jugak. Tapi alhamdulillah group yang paling aku suka tu dia punya update tak le setiap hari. Ianya hanya di update bila ada info terkini je.
8. Bila melibatkan pertanyaan dari fan atau bakal pelanggan (bagi yang ada fan page), jawab ikut handphone je. Tak payah log in masuk ke facebook. Sebab kalau log in, kemungkinan untuk terbabas sangat tinggi sebab mula-mula mesti masuk ikut akaun personal dulu. Lepas tu baru masuk ke page. Katalah lepas log in je terus nampak status yang menarik, mesti nak baca kan..?
Itulah antara langkah-langkah yang aku buat. Dan hasilnya… aku kini lebih fokus dengan kerja-kerja harian aku.
FB ni sebenarnya bukan tak bagus. Ianya bagus jika digunakan dengan betul. Contohnya untuk cari kawan-kawan lama, untuk keep in touch dengan kawan-kawan baru dan lama, untuk pemasaran internet, dan juga untuk bina kredibiliti diri (jika anda jenis yang nak diri anda dikenali ramai). FB juga bagus jika anda join group-group yang bagi tips dan informasi terkini terutama yang melibatkan IT dan yang sewaktu dengannya sebab dunia digital ni berubah dengan pantas. Kalau tak update diri, ketinggalan lah jawabnya.
TETAPI jangan biarkan FB mengawal hidup anda. Inilah yang aku rasa dah terjadi pada aku sebelum ni.
Oklah, panjang pulak aku menceceh kali ni. Apa-apa pon ini hanya pendapat peribadi aku je. Mungkin bagi orang lain sebaliknya terutama bagi mereka yang menjalankan perniagaan 100% berasaskan FB marketing saja tanpa ada website atau blog.

KREDIT :
Baca SeterusnyaBagaimana Nak Buang Ketagihan Facebook Yang Teruk

Laman web paling popular di malaysia

Club Pujangga | 06:26 |
1. Facebook
2. Google
3. Yahoo
4. mudah.my
5. youtube.com
6. blogspot.com
7. MSN
8. thestar.com.my
9. lowyat.net
10. malaysiakini.com
11. mylauchpad .com.my
12. utusan.com.my
13. blogger.com
14. wikipedia.com
15. Bharian.com.my
16. wordpress.com
17. kosmo.com.my
18. maybank2u.com.my
19. cari.com.my
20. hmetro.com.my
21. lelong.com.my
22. fooyoh.com
23. themalaysianinsider.com
24. mobile88
25. biz.thestar.com
26. airasian.com
27. sinchew.com.my
28. paultan.org
29. nst.com.my
30. sinchew-i.com
Baca SeterusnyaLaman web paling popular di malaysia