nuh

Aril Impian

Anjing-anjing Neraka

Club Pujangga | 23:41 |

jahanam




Sabda Rasullulah S.A.W kepada Mu’adz, “Wahai Mu’adz,apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
Bacalah AL-Quran
Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepda orang lain.

-Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

-Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

-Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

-Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

-Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

-Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti,kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,”Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada yang lain.”

Sabda Rasulullah S.A.W., “Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang(menyakiti hati) dengan lisannya,dan anjing itupun merobek serta mengigit tulangnya.”

Kata Mu’adz , “Ya Rasulullah,siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu,dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?”

Sabda Rasulullah S.A.W.,”Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T.

Artikel Terkait


Baca SeterusnyaAnjing-anjing Neraka

AL-Quran Sebagai Pembela

Club Pujangga | 23:35 |


islam



Abu Umairah r.a berkata : “Rasullulah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran setelah itu Rasullulah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran”

Telah bersabda Rasullulah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan dating kepada ahli-ahlinya,yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

Ia akan dating dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,”Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :”Siapakah kamu?”
Maka berkata AL-Quran : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung,dan juga telah bengun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca AL-Quran itu: “Adakah kamu AL-Quran ?”lalu AL-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua,pada hal amal kami tidak sampai ini?”
Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari AL-Quran.

Artikel Terkait




Baca SeterusnyaAL-Quran Sebagai Pembela

Antara Cuaca Dan Alam

Club Pujangga | 22:53 |
kejadian alam

DUNIA dikejutkan dengan peristiwa ribut matahari yang berlaku awal tahun ini. Namun sekali lagi pada Khamis lepas kejadian itu berulang dan dikatakan antara yang paling kuat dalam tempoh enam tahun.


Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari dan seterusnya mengakibatkan letusan.


Kesan radiasi akibat letusan tersebut akan menghentam Bumi dengan tiga kesan yang berbeza dalam tempoh yang berlainan. Ia akan menyebabkan gangguan kepada satelit dan angkasawan yang berada di angkasa lepas. Selain itu ia juga akan mengakibatkan gangguan komunikasi untuk kapal terbang yang sedang melakukan penerbangan.


Ribut suria juga boleh menghasilkan cahaya utara ataupun aurora yang menakjubkan di langit sehingga jauh ke selatan dan bahagian utara hemisfera Bumi. Jika berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga akan dipantau.


Apabila semburan banyak dan kuat melanggar lapisan atas dan dinding magnet Bumi, ia mengakibatkan ribut geomagnetik. Ribut matahari biasanya tidak memberikan kesan langsung kepada negara-negara di kawasan Khatulistiwa.


Biasanya kawasan berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan mendapat kesan langsung daripada ribut berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Baca SeterusnyaAntara Cuaca Dan Alam

Bacaan Solat Dalam Rumi

Club Pujangga | 22:12 |

Lafaz niat solat dalam bacaan rumi.


Solat zohor
Usalli fardhaz dzuhri arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.

Sengaja aku sembahyang fardhu dzuhur empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.


1.Doa Iftitah dalam bacaan rumi.

Allahu akbar kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila.Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin.Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin.La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.

2.Bacaac Doa Al-fatihah

Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn Ar-rahmâni r-rahîm Mâliki yawmi d-dîn Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în Ihdina s-sirâta l-mustaqîm Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn



3.Doa bacaan ketika ru'kuk dalam bacaan rumi.


SUBHANA RABBIYAL 'ADZIMI WABIHAMDIH. 3X



4.Doa bacaan ik'tidal dalam bacaan rumi.


SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH.

(RABBANA LAKAL HAMDU.)




5.Doa bacaan ketika sujud dalam bacaan rumi.

SUBHANA RABBIYAL A'LA WABIHAMDIH. 3X





6.Doa bacaan ketika duduk antara dua sujud dalam bacaan rumi.


RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNI WARFA'NI WARZUQNI WAHDINI WA'AFINI WA'FU 'ANNI.





mudah baca














7.Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, 

Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, 
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
 Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
 Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”



senang hafal


8.Bacaan Ketika Tahiyat Akhir dalam Rumi:


Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, 

Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, 
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, 
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
 Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad (#) kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”

Artikel Terkait




Baca SeterusnyaBacaan Solat Dalam Rumi

Bacaan Wajib Dalam Solat

Club Pujangga | 23:34 |

  • Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu
i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

iii) Niat Solat Asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

  • ·         Takbiratulihram
اَللهُ أَكْبَر
“Allah Maha Besar”

  • ·         Bacaan Doa Iftitah
  • اَلله أَكْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ
 السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي
وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِين
“Allah maha besar lagi sempurna kebesarannya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah golongan orang Islam.”


  • ·         Bacaan Ketika Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
“Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya”

  • ·         I’tidal
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
“Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya”

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
“Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian”

  • ·         Bacaan Ketika Sujud
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
“Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya”

  • ·         Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
رَبِ اِغْفِرْلِيِ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ 
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
“Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku”

  • ·         Bacaan Ketika Tahiyyat Awal
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad”

  • ·         Bacaan Ketika Tahiyyat AKhir
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung”

  • ·         Doa Qunut
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
“Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah”

Artikel Terkait





Baca SeterusnyaBacaan Wajib Dalam Solat

Kelebihan Berselawat

Club Pujangga | 22:20 |

selawat nabi


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa,"Malaikat Jibrail,Mikail,Israfil dan Izrail A.S.telah berkata kepadaku.


Berkata Jibrail A.S.: "Wahai Rasulullah,barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."


Berkata pula Mikail A.S.: Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu"


Berkata pula Israfil A.S .: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."


Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat keatasmu,akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."


Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang ynag berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini,kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah,Rasul dan para malaikat.

Artikel Terkait


Baca SeterusnyaKelebihan Berselawat

Mayat Bangun Dari Kubur

Club Pujangga | 21:52 |


mati ajal

Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah,maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga.Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.


Tapi dasar orang kafir,walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati,mereka masih menyangkalnya.”Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar .


Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh.”Ujar mereka.Merasa ditentang kaumnya,Nabi Isa lalu berkata : “Silakan pilih mayat sekehendakmu,”jawabnya.
“Cuba hidupkan Sam dan Nuh.” Kata mereka.


Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh.Setelah bersembahyang di atas kuburnya.Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu.Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal itu bangkit kembali dari kuburnya.Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih.


Begitu melihat keduanya hidup kembali,Isa bertanya hidup kembali.Isa bertanya,”Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu.”.Keduanya lalu menjawab bahwa mendengar panggilan Isa,ia mengira hari kiamat sudah tiba.”Berapa lama kau sudah meninggal?”tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku.”
Jawabnya.Melihat mukjizat Allah,berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.

Artikel Terkait


Baca SeterusnyaMayat Bangun Dari Kubur

Syaitan Menggoda Iman

Club Pujangga | 21:45 |


hanyut


SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam.Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah,banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya.

Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri.Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan.Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.


Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa: “ Hai Abdul Qadir,minumlah isi bejana ini.Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan.Dan telah kegugurkan semua kewajipan untukmu.” Bunyi suara ghaib itu.


Sebagai orang yang arif,Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu Cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : “Hai mal’un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammmad S.A.W di sisi Allah Taala.

 Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu.Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram,dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku.”Ujarnya tegas.

Artikel Terkait




Baca SeterusnyaSyaitan Menggoda Iman

Kamar-kamar Di Syurga

Club Pujangga | 21:39 |

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar.Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan.Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” Tanya para sahabat.

“Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam,untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan,dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”

“Siapa yang bertemu temanya lalu memberi salam,dengan begitu ia telah bererti telah menyemarakkan salam.Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkucupan,dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa.Mereka yang solat Isya’ dan subuh secara berjemaah,dengan begitu bereti termasuk orang-orang sedang tidur lelap. “Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Baca SeterusnyaKamar-kamar Di Syurga

Kelebihan Umat Muhammad

Club Pujangga | 21:32 |

ganjaran


Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

.Taubatku hanya diterima di kota Mekah,sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di seberang tempat oleh Allah S.W.T.

.Pada mulanya aku berpakaian,tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T,maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang.Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang,tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

.Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku.Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka,Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

.Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Artikel Terkait


Baca SeterusnyaKelebihan Umat Muhammad

PAHALA SEBANYAK BINTANG DI LANGIT

Club Pujangga | 21:23 |

dosa


Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT.Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW,

 ”Ya Rasulullah SAW,Pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu.Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. ”

Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a)” ,jawab Rasulullah SAW.Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut,lalu ia bertanya,

 ”ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?.Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil Beliau SAW berkata,ketahuilah isteriku,satu hari penghijrahan Abubakar (r.a) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a) dan keluarganya sampai hari kiamat.

Artikel Terkait



Baca SeterusnyaPAHALA SEBANYAK BINTANG DI LANGIT

Laman Untuk Anda

Club Pujangga | 22:00 |




    Isu Semasa

    Kisah Kehidupan


    Teknologi
    Blogging

    Travelog
      Online Income
      • SEO

      • Islam

      • Banner
      1.MYBANNER
      • Iklan
      1.Pakej Ruang Iklan Yang Ditawarkan
      • Contact
      1.Hubungi

        Baca SeterusnyaLaman Untuk Anda