nuh

Aril Impian

mh370

Club Pujangga | 13:08 |

MH370...jika difikirkan logik dan akal,kemana kapal terbang yang sebesar MH370?jika difikirkan bagaimana kapal terbang sebesar itu boleh hilang?jika difikirkan mengapa pilot tidak meminta bantuan jika berlaku apa-apa di atas kapal terbang?jika terhempas,di mana?jika masih diterbangkan,dimana?jika di darat,di mana?jika jika dan jika...beratus ratus tentera digerakkan untuk mencari kapal terbang MH370...Peralatan hebat digunakan...Tentera terhebat dikerahkan...37 hari mencari, tanpa hasil...Air mata peneman tidur yang taklenaDoa pengubat hati yang lara...Kita mungkin lupa,Sehebat mana tentera mencari,Sehebat mana pilot yang membawa,Sehebat mana terlatihnya anak kapal,Sehebat mana terciptanya kapal terbang,Hebat lagi kuasa Allah...Bantu kami Ya Allah...Jika ia masih dilangit turunkanlah...Jika ia didasar laut timbulkanlah...Jika ia didarat bukakanlah mata kami untuk melihat...Bantu kami Ya Allah,Tanpa bantu-Mu Ya Allah,Kami buta untuk melihat,Kami hilang arah untuk mencari...Hidupkanlah mereka...Selamatkanlah mereka...Supaya mereka membantu kami untuk memberitahu bertapa hebatnya kuasa-Mu Ya Allah...Bantulah kami, hamba Mu...

Baca Seterusnyamh370

Doa Untuk MH370

Club Pujangga | 00:54 |
pray

KUALA LUMPUR 15 Mac - Selepas lapan hari misteri kehilangan MH370, orang ramai masih tidak berputus harap dan terus berdoa agar kesemua penumpang dan kru pesawat itu dapat ditemui dengan selamat.

Solat hajat turut diadakan bagi memohon kepada Allah supaya memudahkan usaha mencari dan menyelamat 239 penumpang dan kru pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu.
Di KUALA TERENGGANU, warga Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menjayakan majlis Menzahirkan Doa dan Harapan Buat MH370 di hospital itu hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman yang seterusnya mengetuai upacara menurunkan tandatangan pada pemidang yang disediakan sebelum diikuti para pegawai dan kakitangan lain.

Menurut Anwa, pihaknya berasa terpanggil untuk mengadakan majlis seumpama itu bagi menunjukkan keprihatinan dan mendoakan keselamatan penumpang MH370.
"Pemidang ini akan kita sediakan untuk staf dan pelawat sehingga pencarian pesawat MH370 ditemui. Walaupun ringkas majlis ini cukup bermakna untuk kita sama-sama mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370," katanya kepada pemberita pada majlis itu.
Sementara itu beliau berkata, semua hospital daerah telah diarah mengambil langkah sama dalam usaha menggalakkan kakitangan sama-sama mendoakan keselamatan penumpang pesawat berkenaan.
Di PULAU PINANG, pengedar surat khabar daripada Penang News Vendor and Book Sellers Association mengambil inisiatif mendoakan yang terbaik terhadap semua penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan, semalam.
Kira-kira 50 ahli persatuan itu menyertai majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat yang diadakan di Masjid Anjuman Himayathul Islam, Lebuh Chulia.
Solat hajat selepas solat Isyak itu dipimpin oleh Imam Ali Akhbar.
Presiden Penang News Vendor and Book Sellers Association, Abdel Kader Haja Mydin berkata, majlis terbabit diadakan atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan pengedar akhbar di negeri ini terhadap kejadian yang menimpa MH370 itu sekali gus memohon petunjuk daripada Allah supaya usaha pencariannya dipermudahkan.

"Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar dan kami amat berharap penumpang dan anak kapal MH370 ditemui serta segala misteri yang berkait dengan kehilangan pesawat ini terungkai dengan segera," katanya.





Baca SeterusnyaDoa Untuk MH370

One Team Crew Pencetus Generasi Hadapan

Club Pujangga | 23:45 |
Tshirt Collar 1Malaysia Team Crew
Aril Impian

Topi Nike 1Malaysia Team Crew
crew
Edisi Terhad




Baca SeterusnyaOne Team Crew Pencetus Generasi Hadapan